Kerajaan Negeri, KAFA Jalin Persefahaman.



Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju untuk bersama-sama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi memastikan The Red Warriors menyertai saingan Liga Malaysia musim 2017.


Perkara itu disuarakan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Abdul Fattah Hj Mahmood dalam sidang media selepas pertemuan diadakan  diantara Menteri Besar dengan wakil KAFA petang tadi.

Menurut Abdul Fattah, Kerajaan Negeri telah mendengar dan mendapat maklumat berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh badan induk bola sepak Kelantan tersebut.

Justeru itu, selepas mengadakan pertemuan, Kerajaan Negeri akan memastikan skuad bola sepak Kelantan akan terus bersaing dalam saingan Liga Super.

Ditanya apakah bentuk bantuan akan disalurkan, beliau menyatakan buat masa sekarang perkara itu belum boleh diumumkan dan kerana perincian perlu dibuat terlebih dahulu.

"Yang penting berlaku persefahaman Kerajaan Negeri dengan KAFA dan kita akan bersama persatuan bola sepak tersebut menghadapi segala masalah yang melanda."


Sementara itu, Setiausaha Agong KAFA, Dato Ismail Md Noor menyatakan sumber penajaan persatuan itu diperoleh dari syarikat kecil berjumlah RM200-300 ribu sahaja.

Bagaimanapun, masih belum ada penajaan besar yang diperoleh untuk menyelamatkan Kelantan dam ketika ini kantung persatuan masih kekal dengan RM800 ribu sahaja.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: