Lupakan Kepahitan Final.
Pemain Kelantan diminta melupakan seketika kepahitan tumpas kepada Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA.
Walaupun hampa dengan jaringan saat akhir membolehkan negeri sejiran bangkit pada masa tambahan, para pemain harus segera mengembalikan kekuatan.
Mereka mempunyai misi lebih besar yakni menjuarai saingan Liga Super yang berbaki dua perlawanan sahaja lagi. Para pemain perlu akur kekalahan kepada Terengganu ukan disebabkan mereka tidak kuat tetapi disebabkan sedikit kelekaan pada saat akhir.
Tidak mudah sebenarnya melupakan kepahitan terlepas satu kejuaraan dikala hampir ke penghujung tetapi para pemain perlu bertindak dengan bijak.
Jadikan ia pengajaran bahawa setiap perlawanan yang dilalui harus ditempuh dengan semangat juang tinggi tanpa selesa ketika mendahului kerana apa sahaja boleh terjadi jika pemain mempamerkan persembahan leka.
Justeru itu, pertemuan menentang Perak di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, malam esok harus menjadi medan membangkitkan kembali semangat yang jatuh seterusnya membalas kekalahan kepada lawan sama dalam perlawanan pusingan pertama.
0 ulasan:
Post a Comment