King K Tunjuk Sikap Keras Kepala.

Ketua jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagobal terus menunjukkan sikap keras kepala apabila menggugurkan beberapa tonggak utama dalam senarai 26 pemain Kebangsaan ke Canberra, Australia, bulan depan.


Walaupun pernah dikritik secara lantang ekoran sikap pilih kasih dalam pemilihan pemain, beliau tetap melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

Kali ini, pemain seperti Amirul Hadi, Shakir Shaari, Safiq Rahim dan beberapa tonggak yang telah terbukti menunjukkan prestasi mantap dalam Liga Malaysia terpaksa melupakan terus niat beraksi menentang sebuah pasukan terbaik di Rantau Asia.

Ketika ramai menaruh harapan untuk melihat pemain terbaik dalam negara memperkuatkan pasukan bagi menentang sebuah pasukan hebat tetapi harapan mereka tidak kesampaian ekoran alasan tidak relevan dari seorang jurulatih yang bagaikan sudah ketandusan idea.

Apa sebenarnya kriteria yang digunakan King K untuk pemilihan pemain ataupun ada desakan dari mana-mana individu untuk menyenaraikan pemain mereka dalam pasukan dan menggugurkan pemain yang dirasakan tidak menepati kehendak.

Jika masih ada peranan individu lain dalam pemilihan pemain, ternyata sangat malang bagi skuad kebangsaan ketika ini. Jangan kerana sudah mendapatkan kejuaraan AFF dan satu pingat emas dalam Sukan Sea sudah dirasakan hebat serta tidak boleh ditegur langsung.

Apa yang tidak kena dengan Ashaari Shamsudin dan S. Chanturu. Apa kelebihan Amar Rohidan serta Asrarudin sehinggakan kelihatan kebal dari digugurkan dari skuad kebangsaan. Adakah pemain yang menonjol dengan pasukan negeri masing-masing tidak langsung diberi perhatian tetapi pemain yang tidak konsisten, memberi persembahan biasa-biasa di peringkat negeri sehingga negara terus dipertanggungjawab menggalas tugas utama.

Jika sebab prestasi semasa diberi keutamaan, nyata Rajagobal silap besar dan wajar dikritik peminat pasukan negara kerana umum sudah mengetahui sejauh mana beberapa pemain terpilih bermain di dalam pasukan masing-masing.

Jangan kerana menggemari beberapa anak emas dan anak ikan didalam pasukan maka tanggungjawab mahu skuad negara memberikan aksi cemerlang diabaikan sama sekali.

Kami tahu, King K hanya fokus pada Piala Asia. Tidak pada Piala Dunia ataupun kejohanan terbaik yang lain. Kami juga tahu, beliau lebih tahu siapa pemain beliau kerana dasar pemilihan tidak terbuka beliau memang tidak memungkinkan beliau mengenali pemain lain. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

9 ulasan:

Anonymous said...

wa stuju bro..!! ashaari tu patut diberi pluang!! shaiit..

pali ss said...

ashaari mane nye?wat ABC ke untuk rajagopal?

Anonymous said...

berat bedooh doh rajagopal ni.. skit lagi ke gupal demo kalu lagu ni

Anonymous said...

pok ite nanar woh jarok masok, king gopa nanaa nok keno pakoh pulok! aiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

Aku tersangatlah kecewa sebab Ashaari digugurkan.Rindu rasa aksinya selama ini.Macam mana dia nak perform kalau si Gopal itu asyik letak dia dekat bangku simpanan aje dan dapat main pun dekat last-last minit.Huh!!!Hampeh!!!!!

Anonymous said...

Aku sokong!ASHARI paling tak wajar digugurkan......:(

Anonymous said...

kepada sesetengah individu tu, ckp biar baik sikit...jangan ungkit pasal keling dlm isu mcm nie...utk pengetahuan org yg tak berilmu ini, keling tu melayu + india.....rajagobal tu india tulen bukan keling !!! correction plz n learn to respect ppl, tq

RedsFC said...

terima kasih anony dengan teguran daripada anda.. kepada semua rakan2 RedsfcNews.. sama2 kita berhemah memberi komen...

Anonymous said...

RedsFC, terima kasih utk respond anda...tak salah komen tapi cara komen tu mesti betul jangan sampai ungkit isu sensitive seperti hal perkauman dan sebagainya. TQ