Metro Parking Masih di Peringkat Kajian.

Pengerusi Perbadanan Stadium, Datuk Ahmad Yaacob menegaskan pembinaan "Metro Parking" masih di peringkat cadangan dan memerlukan kajian menyeluruh.


Rakyat Kelantan khususnya di sekitar Bandar Kota Bharu tidak perlu bimbang dengan kewujudan Metro Parking kerana kita sedang mengkaji sejauh mana kesan sekiranya ia tetap diadakan, jelasnya ketika ditemui Harakah Daily. (Baca Sini)


Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut menyatakan Kerajaan Negeri masih lagi belum membuat perjanjian untuk mengenakan "charge parking" dan meminta semua pihak tidak risau.

Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengenakan bayaran tetapi mengakui mendapat permohonan dari Metro Parking untuk mewujudkan bayaran letak kerata disitu.

RedsFC-News dalam laporan kelmarin menyuarakan rasa tidak puas hati segelintir penyokong pasukan bola sepak Kelantan dan para penianga ekoran pembinaan pondok bayaran Metro Parking di sekitar stadium. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: