Mat Yo jadi Sandaran Robek Kubu Seladang.
Kelantan berpeluang luas untuk mencatat kejuaraan dalam saingan Liga Super walaupun dilanda kekecewaan terlepas peluang mengondol Piala FA.
Namun, sedikit kesukaran dialami barisan pemain bimbingan Datuk M. Karathu kerana takhta liga menjadi rebutan tiga penjuru dengan Selangor dan Terengganu.
Dari dua perlawanan yang tinggal, Kelantan memerlukan empat mata untuk meletakkan nama mereka dalam senarai selaku pemenang terbaru saingan liga paling utama di Malaysia.
Cabaran pertama yang perlu ditempuh Te Red Warriors ialah menentang Sang Seladang yang kini mempamerkan persembahan cemerlang dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.
Selepas itu, pemain Kelantan akan terbang ke Kota Kinabalu melawan "Sabahawks" pada awal Julai nanti.
Kelantan sebenarnya mampu mencatatkan kejuaraan lebih awal seandainya pencabar terdekat, Selangor dan Terengganu tumpas di tangan lawan masing-masing, malam ini.
Tetapi, pemain Kelantan perlu terlebih dahulu menjinakkan Perak sebelum berangan untuk mengangkat kejuaraan Liga Super lebih awal. Sebarang kehilangan mata bakal mengundang padah dipintas pihak lawan sekali lagi disaat akhir.
0 ulasan:
Post a Comment