Adakah Penyokong Kita Tidak Patriotik.

Mengapa kita mendukung pasukan bola sepak Kebangsaan ketika menuju kearah lebih baik. Mengapa isu kepatriotikan kepada negara tidak timbul ketika bola sepak kita berada jauh dibawah.


Mengapa juga dikhabarkan tidak patriotik andai hadir ke stadium dengan memakai jersi pasukan lain tidak dengan jersi pasukan Malaysia.

Bagi RedsfcNews. kita tidak boleh menilai para penyokong dengan cara pemakaian mereka malah kita juga tidak perlu menyindir para peminat yang hadir kerana mereka berpakaian selain dari pakaian rasmi skuad Kebangsaan.

Dari segi patriotik, penyokong Malaysia memang dilihat patriotik ketika pasukan dukungan mereka berada di kemuncak dan sentiasa mencatatkan kejayaan memberasangkan. Tetapi bila mengalami kekalahan, kejatuhan, mereka tidak menunjukkan reaksi kecewa malah ada yang lebih tangkas mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mereka sendiri tidak tahu akan kebenarannya.

Masih ingatkah dengan perlawanan kelayakan Piala AFC bawah 20 diantara pasukan Malaysia dan Myammar pada tahun 2005 dimana daripada 2000 penyokong yang bertandang, 80% adalah penyokong pihak lawan.

Bila kini kita mula menerima sokongan penuh rakyat Malaysia kita mula menimbulkan kembali isu patriotik menyebabkan ia dilihat lebih memecah belahkan semangat perpaduan penyokong dari turun memberi sokongan kepada perlawanan akan berlangsung.

Lebih baik kita mencontohi sikap para penyokong dari Indonesia. Mereka bukan sahaja patriotik malah sangat fanatik kepada pasukan negara mereka. Mereka tidak gentar, malah sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan maruah mereka walaupun ketika tewas kepada pihak lawan.

Memetik kata rakan di RedsfcNews, penyokong kita hebat berbicara berkaitan pasukan bola sepak tetapi apabila tiba hari perlawanan melibatkan pasukan negeri atau negara, mereka lebih selesa menonton di kaca televisyen dari turun ke venue perlawanan..

Apakah para penyokong Malaysia dididik hanya memberi sokongan kepada pasukan dikala mencatatkan kemenangan dan menyepikan diri apabila mengalami keputusan yang mengecewakan.

Adakah itu semangat patriotik yang kita mahukan?

Anda sendiri yang menentukan kapatriotikan diri anda kepada pasukan sokongan anda.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: