Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua.


Malaysia layak ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia selepas menumpaskan Taiwan dengan peraturan gol tempat lawan walaupun sekadar terikat 4-4 secara agregat.

Setelah 34 tahun menunggu peluang melayakkan diri, barisan pemain kendalian Datuk K. Rajagobal mencipta gemilang untuk menempah perlawanan sejiran dengan Singapura pada pertemuan pusingan kedua nanti.

Detik bersejarah Malaysia dimulakan seawal minit ke-7 dengan jaringan pertama Mohd Aidi Zafuan Abdul Razak melalui satu sepakan percuma kencang dari jarak 40 meter menewaskan Ling Po CHing di pintu gol Taiwan.

Malaysia berpeluang menjarakkan kedudukan selepas Amar Rohidan melakukan satu gerakan menarik dari arah sebelah kanan tetapi lorongan baik pemain tengah tersebut disepak tinggi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29.

Melihat keghairahan Harimau Malaya melakukan serangan, Taiwan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-30 selepas serangan balas mereka disempurnakan dengan sepakan mengelirukan Chan Han hasil keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol pelawat.

Tidak tertekan dengan gol penyamaan tuan rumah, Malaysia melakukan asakan bahaya kearah pintu gol Taiwan dan berhasil menjaringkan gol kedua melalui sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-38 selepas dia sendiri dijatuhkan pertahanan Taiwan diluar kotak penalti.

Ketika perlawanan menuju rehat separuh masa pertama, Mahali Jasuli melakukan kesilapan besar dalam kariernya setelah mengasari pemain Taiwan didalam kotak penalti dan Chen Po Liang menggunakan peluang tersebut untuk menyamakan kedudukan sekali lagi.

Babak kedua bersambung dengan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati tetapi Taiwan lebih bernasib baik setelah dihadiahkan sekali lagi sepakan penalti selepas Chen Po Liang dikasari Fadzli Shas namun sepakan yang diambil pemain ini sendiri berjaya diselamatkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawee.

Tertekan dengan asakan menggila tuan rumah, benteng Malaysia roboh buat kali ketiga kepada Taiwan hasil jaringan Xavier Tsan Yuan, juga melalui sepakan penalti selepas Sharbinee Alawee melakukan kekasaran pada minit ke-73.

Semakin terdesak dengan serangan bertali arus tuan rumah, pemain Malaysia diarahkan turun bertahan dengan sekali sekala melakukan serangan balas.

Mereka hampir menyamakan kedudukan melalui cubaan tepat Ahmad Fakri Saarani dan Norshahrul Idlan Talaha namun tiang menjadi penghalang.

Tambahan masa empat minit menampilkan disiplin terbaik dari pemain Malaysia untuk mempertahankan kubu mereka sehingga ke wisel penamat dibunyikan pengadil bertugas, Vo Minh Tri dari Vietnam. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: