Perlawanan Persahabatan: Pelita Jaya FC Sekat Kelantan.

The Red Warriors melepaskan peluang mencatatkan kemenangan keatas Pelita Jaya FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa selepas sekadar terikat 1-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Masing-masing mempertaruhkan barisan simpanan, Pelita Jaya terlebih dahulu mengasak pintu gol Kelantan melalui cubaan lemah Joko Sasongko pada minit ke-3.

Cubaan pertama Kelantan pula hadir pada minit ke-7 melalui sepakan jarak jauh Aziz Ismail ke penjuru pintu gol Pelita Jaya mudah diselamatkan Ali Barkah.

Dua minit selepas itu, sepakan percuma Mohd Badri Radzi berjaya ditampan penjaga gol Pelita Jaya.

Pada minit ke-15, Nidzad Ayub mencuba dari luar kotak penalti tetapi tidak mengancam pintu gol lawan.

Selang beberapa minit kemudian, giliran Pelita Jaya melakukan serangan tetapi dua cubaan Egi Merlgiansyah dan Dedi Kusiyamdar jauh tersasar.

Hantaran leret Nurul Azwan Roya kedalam kawasan Pelita Jaya pada minit ke-29 gagal disambar Ramzul Zahini dan Nidzad Ayub.


Manakala gerakan cantik dari Mohd Izuan Salahudin pada minit ke-32 pula disudahkan dengan sepakan deras Nidzad Ayub dari luar kawasan Pelita Jaya namun Ali Barkah lebih bersedia menepis keluar.

Seminit kemudian, giliran Khairan Ezuan pula melakukan sepakan kencang hasil kekalutan didepan pintu gol lawan namun Ali Barkah terus menjadi penghadang.

Minit ke-39, Jocip Bonasil yang mendapat hantaran jauh Mohd Badri Radzi gampir meletakkan Kelantan didepan namun bola sepakannya terkena jaring tepi walaupun Ali Barkah dan Gilang Ginarsa sudah tertewas.


Nidzad Ayub sekali lagi mengecewakan penyokong Kelantan selepas menanduk keluar hantaran lintang Badri Radzi walau tidak dicabar pemain pertahanan pelawat pada minit ke-42.

Sepakan meliar Engel Berd dari jarak 20 meter pada minit ke-43 menutup tirai separuh masa pertama dengan 0-0.

Enam minit bersambung babak kedua, Nidzad Ayub melakukan satu sepakan tinggi hasil hantaran Danial Fadzly Abdullah.


Memasuki minit ke-60, Joko Sasongko melakukan percubaan leret kearah pintu gol namun Norhadi Ubaidillah menyelamatkan keadaan.

Sang Kijang terus hampa selepas Nidzad Ayub melakukan tampanan kurang kemas didepan pintu gol Pelita Jaya pada minit ke-65 hasil hantaran lintang Aziz Ismail.

Sepakan lencong Nurul Azwan turut tidak menepati sasaran pada minit ke-66.

Manakala cubaan Riyandi Ramadana tiga minit selepas itu jauh melewati pintu gol tuan rumah.

Stadium Sultan Muhamad Ke-IV akhirnya bergegar dengan sorakan lebih 20 000 penyokong Kelantan selepas Mohd Izuan Salahudin memanfaatkan hantaran Mohd Badri Radzi dengan satu gelecekan cantik keatas penjaga gol Pelita Jaya untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-71.

Gol tuan rumah tidak mematahkan semangat Pelita Jaya mencari gol penyamaan namun tindakan ketua pasukan mereka, Egi Megiansyah pada minit ke-79 gagal disudahkan kedalam jaring walaupun telah menewaskan tiga pemain termasuk penjaga gol Kelantan.


Mereka sekali lagi hampir menjaringkan gol pada minit ke-85 melalui sepakan percuma Egi Melgiansyah tetapi Norhadi Ubaidillah lebih pantas menyelamatkan bola diatas garisan gol.

Selepas puas mencuba, Joko Sasongko akhirnya menceriakan kem Pelita Jaya FC dengan penyudah tenang pada minit ke-91 hasil hantaran Apriansyah didalam kotak penalti Kelantan.

Cubaan terakhir Mohd Badri Radzi pada minit ke-93 tidak memberi sebarang makna sebelum wisel dibunyikan pengadil bertugas, Mohd Yusof Mat Karim.

Pemain Import jemputan KAFA, Jocip Bonasil dipilih pemain terbaik perlawanan.

Kesebelasan Utama:

Kelantan: Datuk M. Karathu.
Norhadi Ubaidillah (Gk), Wan Rohaimi Ismail, Jocip Bonasil, Daudsu Jamaludin (S.Subramaniam), Aziz Ismail, Nurul Azwan Roya, Mohd Badri Radzi (Kp), Mohd Izuan Salahudin (Wan Zaman Mustapha), Khairan Ezuan Razali (Zulyusri Che Harun), Nidzad Ayub dan Ramzul Zahini Adenan (Danial Fadzly Abdullah).

Pelita Jaya FC: Djanjang.
Ali Barkah (Gk) (Kadek Wardana), Gilang Ginarsa (Andesi Prabowo), Edi Hafid, Egi Melgiansyah (Kp), Joko Sasongko, Dedi Kusiyamdar, Ruben Sanadi (Tri Ahmad), Magdis Faris (Ipan Prianto), Engel Berd (Apriansyah), Mustapha Aji (Riyandi Ramadana) dan Abdul Rahman.

Pengadil Perlawanan:

Mohd Yusof Mat Karim
Mohd Sabri Mat Daud (Penolong 1)
Mohd Kamil Tumin (Penolong 2)
Mohd Nafeez Abd Wahab (Pegawai Ke-4)

Statistik Perlawanan

Gol
Kelantan 1-1 Pelita Jaya FC

Percubaan
Kelantan 14-8 Pelita Jaya FC

Sepakan Sudut
Kelantan 7-4 Pelita Jaya FC

Offside
Kelantan 3-1 Pelita Jaya FC

Kekasaran
Kelantan 12-13 Pelita Jaya FC

Kad Kuning/Merah
Kelantan 0 (0)-(0) 0 Pelita Jaya FC

Penguasaan Bola (%)
Kelantan 50-50 Pelita Jaya FC
 
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: