Perlawanan persahabatan diantara pasukan Songkhla FC dan Kelantan di Stadium Tinsulanon dibatalkan selepas 33 minit selepas lampu limpah tidak berfungsi.
Menurut rakan dari Songkhla FC, perlawanan dihentikan ketika Kelantan sedang mendahului dengan satu gol hasil jaringan Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-19.
Kedua-dua pasukan ketika itu sedang rancak mengatur serangan didalam keadaan cuaca hujan namun tiba-tiba lampu limpah stadium terpadam.
Selepas menunggu seketika, pihak stadium dilaporkan gagal membaiki kerosakan menyebabkan pengadil terpaksa menghentikan perlawanan dengan kedudukan kekal The Red Warriors mendahului dengan 1-0.
Pemain Kelantan dijangka pulang esok ke Kota Bharu. -RedsfcNews-
Kesebelasan Kelantan:
Mohd Shahrizan Ismail, Daudsu Jamaluddin, Rizal Fahmi Rosid, S.Subramaniam, Aziz Ismail, Shakir Shaari, Mohd Badri Radzi (Kp), Nurul Azwan Roya, S.Chanturu, Azamuddin Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.
Home / PERLAWANAN PERSAHABATAN. /
THE RED WARRIORS
/ Lampu Limpah Tidak Berfungsi, Perlawanan Batal.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment