Kijang Kena Sentap.

Rekod bersih Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2011 tercalar selepas ditundukkan Felda United 0-2 di Stadium Selayang, malam tadi.


Permulaan babak pertama menyerlahkan penguasaan penuh Kelantan apabila melancarkan banyak serangan bahaya kearah kubu Felda memaksa pemain tuan rumah berkampung dikawasan sendiri.

Corak taktikal melalui serangan balas yang diterapkan E. Elevarasan akhirnya membuahkan hasil lumayan selepas cubaan pertama pemain tengah mereka, D. Saarvindran membuka peluang kepada Farderin Kadir melepaskan sepakan kencang menerjah jaring pada minit ke-25.

Selepas jaringan tersebut, Kelantan turut berpeluang menyamakan kedudukan tetapi beberapa percubaan melalui Mohd Badri Radzi dan Shakir Shaari berjaya diselamatkan penjaga gol Felda, Hamsani Ahmad.

Pada babak kedua, Kelantan mengatur banyak gerakan kearah kubu Felda namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana Hamsani Ahmad terus bertindak cemerlang menafikan segala cubaan bahaya Sang Kijang.

Malah, Felda lebih bernasib baik apabila menambah jaringan kedua melalui sepakan jarak jauh D. Saarvindran pada minit ke-68.

Walaupun cuba bangkit dengan beberapa cubaan cantik,Hamsani muncul wira Felda selepas cubaan demi cubaan The Red Warriors dinafikan dengan aksi "super save"

Tambahan masa tujuh minit yang diberikan pengadil turut gagal membantu Kelantan mencari jaringan yang diperlukan membolehkan Felda mencatatkan kemenangan seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama Kumpulan C.

Kesebelasan Utama

Felda United: E. Eleverasan.
Hamsani Ahmad (Gk), Khaironisam Sahabudin (Kp), Shazwan Zainon, K. Rajan (Lot Abu Hassan), Azrul Ahmad, Nizam Abu Bakar, D. Saarvindran, K. Ravindran, Farderin Kadir.

Kelantan: Datuk M. Karathu.
Shahrizan Ismail (Gk), S. Subramaniam, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Aziz Ismail, Azwan Roya (Zairul Fitree), Badri Radzi (Kp) (Ramzul Zahini), Shakir Shaari, S. Chanturu, Azamudin Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.

Statistik Perlawanan.

Gol 
Felda 2-0 Kelantan

Offside
Felda 4-0 Kelantan

Kad Kuning
Felda 3-0 Kelantan

Posisi Bola (%)
Felda 41-59 Kelantan

Photo: Shazli Shamsudin
News: RedsfcNews

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: