Terengganu Nelang.

Penyokong pasukan bola sepak Terengganu yang selama ini dilihat gagal hadir ke venue Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu membuktikan sebaliknya pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, malam tadi.


Mereka bukan sahaja hadir memberi sokongan tidak berbelah bahagi malah mereka semua turut memakai jersi pasukan Terengganu didalam kawasan stadium.

Malah lebih membanggakan, kehadiran penyokong nyata disambut dengan baik oleh kebanyakan penyokong The Red Warriors yang membanjiri kawasan perlawanan.


Cuma ada sebilangan penyokong sahaja yang melakukan provokasi tetapi secara keseluruhan, keadaan dilihat terkawal tanpa insiden buruk.

Sekalung tahniah dari RedsfcNews dengan kehadiran para penyokong Terengganu untuk sama-sama memeriahkan perlawanan suku akhir kedua.

Kehadiran anda nyata menaikkan semangat pemain Terengganu untuk berjuang sehabis baik sehingga berjaya membenam Kelantan secara agregat di arena lawan.

Terima kasih dan diharapkan selepas ini mereka terus hadir kesini jika ada perlawanan melibatkan Sang Penyu dengan The Red Warriors. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: