Tiga Pemain Import Diuji Lawan Songkhla.

Kelantan akan menguji tiga pemain import dalam perlawanan persahabatan menentang Songkhla FC yang dijangka diadakan di Kota Bharu, 7 Oktober depan.


Menurut info Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook, dua pemain muda dari Ghana hasil pencarian wakil bakat yang dihantar kesana dijangka akan diturunkan untuk aksi persahabatan itu.

Dua pemain tersebut, Okine dan Emmanuel Ayaah dijangka tiba pada hari Jumaat dan terus menyertai sesi latihan skuad Kelantan selepas itu.

Selain mereka, Kelantan turut memanggil kembali Jocip Bonasil untuk ujian kedua.

Sebelum ini, Jocip berjaya menarik perhatian para peminat dengan aksi kemas ketika terikat 1-1 dengan Pelita Jaya FC dalam satu perlawanan persahabatan yang diatur sempena kejayaan Kelantan muncul juara Liga Super. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: