Piala Emas Raja-Raja 2016 - KL benam Kelantan.


Skuad bola sepak Melayu Kelantan dikejutkan dengan kekalahan 0-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2016 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Beraksi di kandang sendiri, anak didik Hashim Mustapha bagaimanapun bemula garang apabila mengatur banyak serangan pantas ke kubu Kuala Lumpur.

Gandingan Ramzul dan Raihan cukup ampuh dengan corak serangan balas dari kawasan tengah.

Kuala Lumpur yang sekali sekala mengatur gerakan turut merbahaya melalui Khairul Naim Mahyudin namun mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan tuan rumah.

Pada minit ke-20, Kelantan berpeluang didepan selepas Mohd Nasharizam menerima umpanan dari Fikram dari sebelah kanan namun percubaan rendah dari luar kotak penalti mudah diselamatkan penjaga gol Kuala Lumpur.

Lima minit kemudian, giliran Amir Zikri mendapat ruang terbuka selepas merampas bola dari kawasan tengah namun sepakan deras pemain ini melambung tinggi dari gawang pelawat.

Kuala Lumpur hampir melakar jaringan sulung pada minit ke-28 selepas hantaran jauh Nicholas We Sheng gagal disudahkan Khairul Naim walaupun sudah melepasi perangkap offside.

Zhafri Yahya sekali lagi menghampakan kem pelawat apabila peluang terbuka dari jarak dekat pada minit ke-42 mudah ditampan Ahmad Syihan Azmi.

Bersambung babak kedua, Hashim melakukan dua pertukaran sekali gus untuk mencari jaringan pendahuluan.

Bagaimanapun tindakan itu memakan diri selepas ketua pasukan, Tuan Mohd Faim serta penyerang, Ramzul Zahini terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. 

Ketiadaan dua pemain itu menyebabkan Kelantan terpaksa beraksi dengan 10 pemain dan Kuala Lumpur mengambil kesempatan dengan mula mengatur serangan pantas.

Bermula dengan percubaan dari Zahfri Yahya pada minit ke-57, KL mengganas dengan deretan peluang dari Khairul Naim serta Hafiz Johar.

Kelantan yang memasukkan Danial Asyraf hampir menjaringkan gol pertama tetapi penjaga gol Kuala Lumpur, Izzat Abdul Rahim sempat menguis situasi kelam kabut didepan gawang pada minit ke-59.

Serangan bertali arus Kuala Lumpur akhirnya membuahkan hasil selepas Hafiz Johar melepasi perangkap offside pada minit ke-75 seterusnya melepaskan satu percubaan kencang menewaskan penjaga gol Kelantan.

Jaringan pertama menyemarakkan semangat pelawat untuk menambah gol.

Tetapi pemain Kelantan yang menyedari mereka berada dalam situasi terdesak mula bertahan untuk mengekalkan keputusan sehingga tamat perlawanan.

Suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Selayang, 19 November 2016 pada jam 8.45 malam.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: