PKNS bengang

CEMAS...pemain Pulau Pinang, R Parameswaren dan Muhammad Elfie Elyaz mengasak pemain PKNS, K Premananthan (tengah) di Stadium Batu Kawan, semalam. PKNS menang 1-0.
“KALAU lembu dipegang pada tali, manusia pula janjinya.” Itulah harapan Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Selangor PKNS) yang tetap menganggap tiket ke Liga Super musim depan menjadi milik mereka selaku juara Liga Perdana 2011.

Menurut setiausaha, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid pada awal musim ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan dua pasukan di tempat teratas Liga Perdana bakal beraksi di Liga Super musim depan.

“Kami tetap menganggap format itu kekal digunakan untuk saingan musim depan kerana sehingga kini tiada pemberitahuan secara rasmi mengenai sebarang perubahan,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan skuad bimbingan jurulatih Abdul Rahman Ibrahim musim depan selepas bergelar juara Liga Perdana, Jumaat lalu.

Nasib kelab yang menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu menimbulkan persoalan selepas pihak Malaysian Super League pada bulan lalu dilapor bercadang mengurangkan pasukan yang bersaing di Liga Super kepada 12 berbanding 14 musim ini.

Namun jumlah pasukan yang diturunkan ke liga bawahan dan percaturan untuk membolehkan pasukan dari Liga Perdana beraksi di Liga Super masih belum diputuskan secara terperinci kerana cadangan itu perlu mendapat kelulusan Exco FAM dan sekiranya dilaksanakan ia kali ketiga jumlah pasukan dalam Liga Super diubah sejak mula diperkenalkan pada 2004.

Tambah Mahfizul Rusydin lagi, jika benar badan induk bola sepak negara itu ingin perubahan, ia perlulah dilakukan secepat mungkin kerana ia membabitkan soal perancangan, peruntukan kewangan dan sebagainya.

“Malah keputusan mengenai kemungkinan penggunaan pemain import yang sepatutnya diputuskan dengan segera juga belum dimuktamadkan yang mungkin mengundang masalah buat kami mencari pemain berkualiti dan mampu membantu pasukan,” katanya.

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
Share on Google Plus

About Moderator

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: