Atur Perlawanan Menentang Pilihan Malaysia.

Cadangan mengadakan perlawanan menentang pasukan pilihan Malaysia wajar dipertimbangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengukur sejauh mana tahap pencapaian pemain negara waktu ini.


Tidak perlu dengan gabungan pemain tempatan dan skuad Olimpik. Cukup sekadar memanggil 25 pemain yang dirasakan terbaik dalam liga tempatan tetapi tidak dipilih kedalam skuad Malaysia.

Panggil mereka dan cuba atur satu perlawanan dengan skuad utama Malaysia ketika ini untuk melihat pasukan mana lebih berkelayakan mewakili skuad negara.

Sebenarnya, ramai lagi pemain tempatan lebih layak berada dalam skuad negara tetapi tidak diberi peluang masuk kerana beberapa pemain yang menampilkan persembahan buruk sejak lima enam perlawanan lepas tetap disenaraikan hanya kerana mereka prospek untuk kejohanan lima tahun dari sekarang.

Lihat pada kekalahan tipis kepada Selangor, sangat memalukan bagi Malaysia kerana sebuah pasukan yang dikutip dan dicanang untuk dibawa ke Piala Asia 2015 hanya dapat tampil seperti ini dalam perlawanan persahabatan.

Pihak FAM perlu lebih bertegas dalam isu perlawanan persahabatan selepas ini kerana ia berkait rapat dengan sokongan penyokong yang mula kembali mewarnai arena bola sepak negara.

Tiada lagi perlawanan bersifat pemanas badan tanpa memberi pulangan besar pada tahap pencapaian semua pemain didalam pasukan. Para penyokong sudah muak diperkotak-katikkan oleh segelintir pihak yang bagai tidak mahu melihat pada fakta yang dihujahkan

Justeru itu, andai tiada pasukan negara Dunia hatta Asean sekalipun mahu mengadakan perlawanan persahabatan tetapi FAM dan pihak kejurulatihan mahukan satu perlawanan bersifat kompetetif, panggil sahaja para pemain liga tempatan dan gabungkan mereka dalam satu pasukan untuk perlawanan tersebut.

Andai tewas sekalipun, tidak malu para pendukung bola sepak Kebangsaan kerana mereka sedar itulah yang selayaknya kepada pasukan yang hebat dimata tidak diatas padang.

Itu yang sebaiknya buat masa sekarang dari malu di kemudian hari. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

11 ulasan:

Shoujiroh said...

daripada lawan selangor lagi baik pggil skuad pilihan nie..
perlawanan lebih berkualiti...
sigh~

izat123 said...

sep dio takut la..lawe selangor ni pun ingat bulih make keh ado pemain2 utama selangor main malaysia..tapi toklih make jugop.wakaka

Anonymous said...

tepat skali.ambo sokong.

kamil said...

malu ke ore ni wak lagu ni. apo la.

ila UPSI said...

memang memalukan tewas ngan selangor. ni team kebangsaan atau team kubangsaan.

awe bravo said...

kawe sokong bena 2.....malu kokre ngoti kalu team negaro kaloh nga team negeri....kalau kaloh nga kelab ore putih 2 bulih kato jgok kes sek2 dia himpun pemain bertaraf antarabangsa dlm pasukan....tapi kalu pemain negaro kaloh ko pemain negeri gak xleh nok kato apo r....

Anonymous said...

sumbak harima malaya

Mat Min said...

LIPAK DH TU RAJAGOBAL.. OO X KENO PAROK KIJOAN DIO LENI. DULU DIPUJO LONI DISUPOH...

Anonymous said...

bo la we pskn negara main nyo..baik we pskn klate plok g main utk negare....jolo ko dok...

Anonymous said...

sumak datuk k. tu la kecek agah sangat..

RedsFC said...

hahaha dh nk wak guano.. team dio kamm..