Terengganu terima tajaan berjumlah RM70,000

MOHD. SHAFARUDDIN (kiri) menyerahkan replika cek tajaan berjumlah RM70,000 kepada Che Mat pada majlis tajaan di Dewan Seri Amar, Kuala Terengganu semalam .
MESKIPUN masih belum bergelar juara Piala FA dan Liga Super, kantung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sudahpun penuh.

Semalam, calon juara Piala FA dan Liga Super itu mene- rima tajaan sebanyak RM70,000 daripada syarikat komputer terkemuka milik kerajaan negeri, Top IT.

Ia adalah sebagai tanda sokongan daripada Top IT bagi menaikkan semangat pemain-pemain Terengganu yang kini berada pada landasan terbaik untuk menjuarai Piala FA dan Liga Super.

Majlis tajaan disampaikan sendiri oleh Pengerusi Top IT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh.

“Top IT adalah syarikat milik kerajaan Terengganu dan atas dasar sokongan kepada pembangunan bola sepak di negeri ini, kami merasakan ia adalah sebagai suntikan semangat, ter- utamanya kepada pemain.

“Ia bukanlah tajaan semata- mata tetapi lebih daripada itu. Adalah tanggungjawab kami untuk membantu pasukan yang mana kini semakin menunjukkan potensi yang baik,” kata Shafaruddin.

Bagi Che Mat sendiri, beliau mengakui tajaan sehingga hujung musim itu tiba tepat pada masanya ketika pemain-pemain Terengganu kini bakal berdepan cabaran getir untuk menjuarai Piala FA dan Liga Super.

“Kami akui perbelanjaan untuk menguruskan pasukan ini cukup besar dan sebab itu kami merasakan tajaan yang diberi- kan oleh Top IT ini sebagai se- suatu yang cukup bernilai.

“Pastinya, penaja utama kami datangnya daripada kerajaan negeri selain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), manakala Specs pula menaja dari segi peralatan sukan dan pakaian,” jelasnya.

Justeru kata Che Mat, beliau berharap semua pemain dapat membalas sokongan yang diberikan oleh syarikat-syarikat ini dengan menghadiahkan kejuaraan kepada negeri.

Bekas Naib Presiden FAM itu turut mengakui sokongan yang diterima selama ini banyak didorong oleh prestasi memberangsangkan yang dipamerkan Terengganu dalam saingan Liga Malaysia sejak dua tahun lalu.

Untuk rekod, Terengganu musim ini berpeluang meraih gelaran berganda apabila mara ke final Piala FA bertemu Kelantan selain menduduki tangga kedua dalam carta Liga Super.

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my
Share on Google Plus

About Moderator

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: