"Eksitednya" Penyokong Kelantan


Pertemuan julung kali Final Kelantan menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dinafikan menggamit minat ramai penyokong The Red Warriors untuk bersama pasukan mencatat sejarah kedua.

Apa tidaknya, walaupun permainan akan berlangsung dua (2) hari dari sekarang, sudah kelihatan pelbagai persiapan telah dilakukan untuk memeriahkan suasana perlawanan akhir itu nanti.


Rekod telah membuktikan bahawa setiap kali pasukan Kelantan menuju ke perlawanan akhir, ribuan penyokong mereka dari seluruh negara turut bersiap siaga mempersiapkan pelbagai keperluan untuk dibawa kesana.

Kelab Penyokong Rasmi Pasukan Bola Sepak Kelantan paling bertuah, selain menerima tajaan gendang baru dari Yusmira Trading, mereka juga diberi dana khas untuk mengibarkan jersi gergasi The Red Warriors di Stadium Bukit Jalil.


Dengan jolokan Super Warriors, kelengkapan penaik semangat para pemain diiringi 10 buah bas akan bertolak ke Kuala Lumpur sebelum turun ke Stadium pada malam keesokan harinya.

Tidak terkecuali dengan persiapan penyokong lain. Selain rombongan bas persendirian, kelab penyokong Jajahan, Kelab Penyokong lain dengan Baju serba merah, topi khas dan replika piala sedang disiapkan untuk diarak di kawasan perlawanan akhir.


Mereka kelihatan riang gembira untuk bersama-sama pasukan meraikan satu lagi catitan baru dalam kamus pasukan negeri menuju ke pentas akhir saingan Piala FA.

Apa yang pasti, lautan merah putih bakal membanjiri sekali lagi arena keramat Harimau Malaya untuk menyaksikan sendiri sejarah kali pertama "Derby Pantai Timur" bertarung pada hari Sabtu nanti mencuba merangkul piala untuk dibawa pulang ke Kota Bharu.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: