FAM sahkan Malaysia bertemu Mynmar di Kota Bharu


Stadium Sultan Mohammad Ke-4 di Kota Bharu bakal menjadi gelanggang pertemuan bagi aksi persahabatan antara skuad Malaysia dan Myanmar pada 18 Jun ini. Demikian pengesahan yang dibuat oleh setiausaha agung FAM, Lt Jen. Dato' Azzuddin Ahmad.

Buat kali pertama sejak empat atau lima tahun lalu, persatuan bola sepak negeri Kelantan (KAFA) tampil selaku persatuan bola sepak negeri yang pertama menawarkan diri untuk menganjurkan aksi persahabatan sebegini bagi skuad kebangsaan Malaysia.

Perlawanan akan bermula pada jam 8.45 malam dengan tiket-tiket bakal dijual pada harga RM 15 ke RM 50 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak.

Skuad kebangsaan Myanmar dijangka tiba terus ke Kota Bharu pada 16 Jun dan skuad negara akan ke sana pada 17 Jun. Ini bakal menjadi perlawanan persediaan bagi skuad negara yang akan menghadapi Taiwan dalam aksi pra Olimpik.

Keputusan berjaya dicapai selepas AFC meluluskan Stadium Sultan Muhammad Ke-4 sebagai lokasi yang sah untuk perlawanan persahabatan antarabangsa.

Ini bakal menjadi pembuka jalan kepada mana-mana persatuan bola sepak negeri selepas ini bagi menawarkan diri menganjurkan perlawanan persahabatan antarabangsa di lokasi negeri masing-masing selain daripada stadium-stadium di Kuala Lumpur dan Selangor. 

Sumber: Wisel Online

Share on Google Plus

About Moderator

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: