Liverpool FC berbangga mengumumkan mereka akan menentang XI Malaysia pada hari Sabtu 16 Julai ini sepanjang Jelajah Asia – ditaja oleh Standard Chartered.
Dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur akan menjadi gelanggang perlawanan yang akan dimulakan pada pukul 5.45 petang. Ia adalah perlawanan kedua yang akan dilangsungkan di Asia dalam bulan Julai dengan satu lagi perlawanan diadakan di China.
Pengarah Urusan LFC, Ian Ayre memberitahu: “Di Liverpool FC, kami memandang perlawanan ini amat serius. Perlawanan di Malaysia akan memainkan peranan penting dalam persediaan kami untuk kempen musim 2011/12 dan ia adalah peluang untuk semua peminat di Malaysia melihat lebih dekat hero mereka."
“Perlawanan ini akan menjadi catatan sejarah bola sepak kerana ia adalah kali pertama Liverpool FC akan menjejakkan kaki di Malaysia dan ia telah mencetuskan keterujaan yang besar. The Reds memiliki penyokong yang amat ramai di Malaysia,” kata Julian Kam, Ketua Eksekutif ProEvents yang meraikan ulangtahunnya ke 10 di Malaysia tahun ini.
“Kami telah menjadualkan perlawanan pada hari Sabtu dengan waktu perlawanan dimulakan pada pukul 5.45 petang supaya semua peminat boleh datang dan menyaksikannya.”
Pengurus Kenny Dalglish berkata: “Saya menantikan peluang untuk membawa pasukan ke Asia. Memang hebat bahawa kami dapat berikan peminat kami di Malaysia peluang untuk menyaksikan pasukan bermain. Jelajah terakhir kami di Asia pada tahun 2009 sangat berjaya dan kami gembira dapat kembali pada musim panas ini.”
Harga tiket sebanyak RM388, RM108, RM68 dan RM58 dan boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my. Standard Chartered Bank (Malaysia) diberikan keistimewaan khusus menjual tiket sehingga 9 Jun 2011. Setiap tiket akan disertakan dengan pas menyaksikan latihan pasukan (bergantung kepada stok).
Jualan kepada umum akan bermula pada hari Jumaat, 10 Jun di semua outlet Ticketpro.
Tempat Jualan Tiket:

|
|
|
|
Sumber: Wisel Online
0 ulasan:
Post a Comment