Kelantan Hampiri Kejuaraan Liga Pertama.



Kelantan selangkah menuju kejuaraan pertama Liga Super selepas mencatatkan kejayaan tipis 1-0 keatas Perak di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu sebentar tadi.

Hasrat lebih 10 000 penyokong setia untuk melihat pemain bangkit dari kegagalan direalisasikan dengan tiga mata penuh keatas pasukan lawan.

Namun begitu, Perak tidak memberi laluan mudah apabila memberi tentangan sengit seawal minit pertama sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.

Mengalami Kecederaan serius di bahu.
Bermula seawal minit pertama, Akmal Rizal gagal menggunakan peluang terhidang apabila sepakan percuma diatas garisan gol terkena benteng Kelantan.

Tidak menunggu lama, Kelantan pula mengancam pintu gol Perak dengan serangan pantas dari sebelah kanan dengan percubaan deras Shakir Shaari pada minit ke-6 terus kepada penjaga gol Perak.

Pada minit ke-10, The Red Warriors hampa setelah gerakan Mohd Badri Radzi dari kawasan tengah gagal disempurnakan Mohd Izuan Salahudin walaupun dia hanya berhadapan dengan penjaga gol Perak.

Enam minit kemudian, S. Chanturu melepaskan satu suntingan deras dari jarak 25 meter tetapi cubaan pemain ini jauh tersasar dari pintu gol.

Pemain Terbaik Perlawanan.
Perak yang tertekan diasak semakin tertekan selepas penyerang utama mereka Akmal Rizal Ahmad Rakhli terpaksa diusung keluar setelah berlaga dengan Zairul Fitree Ishak.

Tanpa disangka-sangka, Kelantan dianugerahkan satu sepakan penalti selepas Norshahrul Idlan dikasari pemain pertahanan Perak pada minit ke-26 namun penjaring terbanyak Liga Super ini gagal menyempurnakan peluang tersebut selepas Nasril Nourdin pantas menafikan sepakannya.

Kegagalan penalti Norshahrul menyebabkan Perak mengambil kesempatan melancarkan beberapa serangan balas kearah kubu Kelantan namun kekentalan benteng diketuai S.Subramaniam berjaya mematahkan cubaan pemain pelawat.

Kekal Tidak Bolos dalam 3 Perlawanan.

Kedudukan 0-0 terus terikat sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Perak dilihat lebih menguasai minit awal namun Kelantan terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan selepas Norshahrul Idlan Talaha bijak menyambar hantaran Daudsu Jamaludin sebelum melepaskan satu sepakan mengelirukan terkena badan Khairi Zainuddin terus menerjah jaring tanpa sempat diselamatkan penjaga gol pelawat.

Selepas gol tersebut, Kelantan mengandakan asakan untuk menambah jaringan tetapi setiap cubaan pemain Sang Kijang berjaya diselamatkan Nasril.

Perak turut berpeluang menjaringkan gol penyamaan melalui cubaan bahaya yang dilakukan penyerang mereka tetapi sia-sia setelah Mohd Shahrizan Ismail tangkas menyelamatkan pintu gol.

Penjaring Gol Tunggal Perlawanan Kelantan 1-0 Perak
Setelah tambahan masa dua minit, Kelantan dan Perak tetap gagal mencari tambahan jaringan untuk kedudukan terus kekal 1-0.

Dengan tambahan tiga mata, Kelantan memerlukan satu mata sahaja lagi dalam perlawanan terakhir menentang Sabah pada awal bulan Julai nanti untuk menjulang kejuaraan pertama Liga Super.

Kesebelasan Pemain:

Kelantan:  Datuk M. Karathu.
Shahrizan Ismail (Pg), Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Ab Rosid, S Subramaniam, Zairul Fitree Ishak, Nurul Azwan Roya, Mohd Badhri Radzi (Kp), Shakir Shaari, S Chanturu, Mohd Izuan Salahuddin (Solehin Kanasian Abdullah) dan Norshahrul Idlan Talaha (Ramzul Zahini Adenan)( Khairan Eroza Razali).

Perak: Norizan Bakar
Nasril Nourdin (Pg), Mohd Syahman Zainuddin, Mohd Hisyamuddin Shaari, Khairi Zainuddin, Fazrul Hazli Mohd Kadri, K Nanthakumar, Shahrulnizam Mustapa (Kp), Chan Wing Hoong, Mohd Shazuan Ashraf Mathews, Muhammad Nurridzuan dan Akmal Rizal Rakhli (Muhammad Nazri Kamal).
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: