Bekas pemain import berbisa Kelantan, Jan Necas
Perlawanan menentang Pelita Jaya FC pada 9 Julai menjadi medan awal untuk tiga pemain luar negara memperagakan aksi mereka di hadapan penyokong Kelantan bagi memikat barisan kejurulatihan pasukan.
Dikhabarkan, Tiga pemain import masing-masing dua dari Crotia dan seorang dari Bosnia sudah menyatakan persetujuan untuk turun dalam perlawanan persahabatan tersebut.
Selain mereka, penyerang prolifik berasal dari Amerika, William Oluremi John ketika dihubungi melalui laman Facebook turut menyatakan minat untuk bersama pasukan Kelantan jika diberi peluang.
Namun khidmat pemain ini menyarung jersi merah putih masih samar kerana pihak KAFA perlu berurusan terlebih dahulu dengan ejen sebelum membawa pemain ini ke Malaysia untuk sesi pemilihan.
0 ulasan:
Post a Comment