KENYATAAN MEDIA
KELAB PENYOKONG (INDUK) BOLASEPAK KELANTAN
[www. Superwarriors.com.my]
9 JUN 2011
PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011
KELANTAN VS TERENGGANU
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
PADA 11 JUN 2011
[www. Superwarriors.com.my]
9 JUN 2011
PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011
KELANTAN VS TERENGGANU
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
PADA 11 JUN 2011
1. Perlawanan akhir Piala FA edisi 2011 merupakan satu perlawanan yang dijangka akan menarik lebih 100,000 penyokong kedua-dua pasukan bagi menyaksikannya secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun 2011.
2. Berdasarkan pengalaman yang lepas dan kehangatan perlawanan akhir yang bakal berlangsungKPBSK mengambil ketetapan berikut:
- Mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan penyokong oleh mana –mana pasukan
- Menolak sebarang provokasi oleh mana-mana pihak yang boleh mencetuskan ketegangan penonton.
- Menyeru semua penyokong kedua-dua pasukan untuk berkelakuan sopan, menjaga tatasusila dan nama baik negeri masing-masing sesuai dengan adat penduduk negeri di Pantai timur Semenanjung.
- Memohon semua penyokong kedua-dua pasukan untuk memberikan kerjasama kepada pasukan petugas keselamatan demi keselesaan semua.
- Menjalinkan kerjasama dengan semua Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan dan Terengganu kearah mewujudkan suasana harmoni dan akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak yang terlibat dengan penganjuran Perlawanan Akhir ini terutama FAM, KAFA, PBSNT PDRM, Perbadanan Stadium Negara dan lain-lain.
- 3.1 Meningkatkan kawalan rondaan trafik di sepanjang perjalanan terutamanya di lebuhraya Karak sehari sebelum dan selepas perlawanan kerana kesesakan trafik dan pertembungan kedua-dua penyokong dijangka berlaku bermula dari lebuh raya ini sehingga ke venue perlawanan akhir.
- 3.2 Menempatkan petugas keselamatan diluar stadium secukupnya bagi memastikan tindakan segera dapat diambil jika terdapat sebarang tanda-tanda akan berlakunya perkara yang tidak diingini.
- 3.3 Memastikan kedudukan gerai-gerai jualan tidak seharusnya menghalang laluan dan mengundang kesesakan diluar stadium.
- 3.4 Pintu stadium sedia dibuka lebih awal daripada waktu yang ditetapkan jika keadaan cuaca tidak baik seperti berlakunya hujan bagi memberi keselesaan kepada penonton.
- 3.5 Menempatkan petugas keselamatan disepanjang pagar stadium bagi memastikan tiada sebarang objek atau barangan terlarang diseludup masuk kerana pagar yang tidak dikawal akan membolehkan penonton yang tidak bertanggungjawab menyeludup masuk barang terlarang seperti mercun.
- 3.6 Penempatan petugas keselamatan di dalam stadium bersama penyokong dilihat lebih efektif berbanding di atas trek. FRU dicadangkan berada di zon penampan antara penyokong kedua-dua pasukan.
- 3.7 Petugas keselamatan seharusnya menasihatkan penonton yang masuk mengambil tempat duduk untuk memenuhi sektor demi sektor di dalam stadium dan mewujudkan ketua petugas disetiap sektor yang dapat membuat keputusan segera bergantung kepada keadaan semasa.
- 3.8 Mengambil tindakan tegas dan berhemah dengan segera kepada mana-mana penonton yang cuba melakukan tindakan atau provokasi melampau.
-------------------------
Mohd Yahya Jamada Ali
Pengerusi
Kelab Penyokong (Induk) Pasukan Bola Sepak Kelantan
0 ulasan:
Post a Comment