KOOL Minat Taja Jersi TRW 2012.

Kelantan mungkin guna jersi jenama baru untuk saingan Liga Malaysia 2012.


Menurut sumber RedsfcNews, Kelantan dijangka menerima satu penajaan dari sebuah syarikat sukan dari Thailand yang berminat untuk menaja jersi terbaru The Red Warriors.

Syarikat tersebut, Kool Sport adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan produk sukan KOOL. Syarikat ini mengeluarkan jenama sukan terkenal dan tidak kurang dari 10 pasukan dalam Liga Thailand menggunakan produk keluaran mereka untuk jersi rasmi pasukan.

Antara pasukan dari Thailand yang menggunakan produk Kool selaku jersi pasukan ialah Chiangmai FC (Juara Div. 2 Thai 2010), Saraburi FC, Langkasuka Pattani FC, KhonKaen FC (Naib Juara Div. 1 Thai 2010) dan Sisaket FC (Thai Premier League). Selain itu, KOOL turut berpengalaman menaja pasukan dari Liga Eropah selama beberapa musim.

Syarikat ini diyakini mampu memberikan pulangan lumayan kepada KAFA kerana produk keluaran KOOL terkenal dengan "Transfer Printing" menjadikan jersi keluaran mereka sukar diciplak mana-mana pihak.

Paling utama, brand KOOL terjaga kualiti kerana syarikat pembuat baju dari Thailand mengekalkan polisi tidak melakukan ciplak sesama produk keluaran negara mereka. Ini akan menyukarkan jersi tiruan dikeluarkan secara berleluasa untuk pasaran kepada penyokong Kelantan.

Semalam dikhabarkan, pengarah syarikat sukan terbabit telah turun berbincang dengan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan hasil perbincangan kedua-dua pihak dilaporkan positif.

Menurut sumber itu lagi, Pengarah Kool Sport telah memerhatikan perjalanan The Red Warriors selama dua musim dan mereka sangat teruja untuk menjadi penaja KAFA pada musim hadapan.

Persoalan kini, adakah KAFA akan menerima sponsor baru dari Kool untuk jersi Kelantan 2012 atau terus mengekalkan Umbro selaku rakan penaja pada musim depan.

Sama-sama kita nantikan perbincangan lanjut yang akan dilakukan pihak KAFA dengan Kool Sport.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Kool Spot anda boleh layari sendiri laman web rasmi mereka di http://www.koolsport.co.th/mainweb/ -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

9 ulasan:

Anonymous said...

kayo la ayoh wa thn depe kalu jadi ni gapp..

Anonymous said...

kalu kasut futsal meme berkualiti jenama kool....tp bagaimano plok ngn penjenamaan yang WARRIORS tu?...xkan Kelate terutama TSAM selaku Presiden KAFA xse menaikkan nama jenama WARRIORS yg selama ni ada dalam pasaran di kelate...jika bleh paka jenama sendiri tp apa2 pun jika pihak ada pihak ingin sponsor serta menyumbangkan dana kepada TRW 2012 itu adalah fenomena perkembangan yg positif bg bolasepak kelantan....apa2 pun semoga TRW 2012 lebih garang serta memberi impak maksimum utk perkembangan bolasepak Malaysia...insyallah....

Anonymous said...

bakpo xmintak ADIDAS @ NIKE taja?

Anonymous said...

terimo je sapo2 nk wie.. asal rego x mahal supo loni..

Anonymous said...

untung la KAFA buleh tajaan luar negara..biarla thailand pom, tp kalu kita tgk dr segi branding, nama KAFA oghe akan tahu la di thailand..lepas ni, nk frenly nge sek2 thailand mudah la

Anonymous said...

jd mat kool habih dh player kelate lepah ni..wahkahkahkah

Anonymous said...

..lamo xmakan aiskrim mat cool. ado lagi kow jual kedai loni eh? -,-"

Anonymous said...

kool pn kool la....asal jgn ko sudoh la

Fakhruddin Aziz said...

mmm...molep la 2..
jadi nam0 bare siam...kan?kan?