sekadar hiasan semata-mata. |
Bermula dengan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan, diriuhkan pula dengan pendedahan dari sumber dekat kepada media terdapatnya pemain pasukan T-Team FC menerima rasuah untuk mengatur satu-satu perlawanan.
Memburukkan lagi masalah yang telah merosakkan imej bola sepak negara pada suatu ketika dahulu, komen Timbalan Presiden FAM yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengatakan mungkin terdapat ramai lagi pemain dari pasukan berlainan menerima suapan untuk menjual perlawanan.
Jika benar, alangkah sedihnya hati rakyat Malaysia selepas minat dan sokongan yang mulai bercambah terhadap sukan nombor satu kini dicemari unsur-unsur tidak sihat serta merosakkan peningkatan sepanjang dua tahun terakhir.
Walaupun sekadar menyebut kemungkinan, pasti ramai pihak di luar sana sudah dapat mengagak bahawa kenyataan yang dikeluarkan orang kuat persatuan induk tentunya mempunyai asas yang kukuh.
Tidak mungkin dengan hanya mengatakan kemungkinan dan semestinya beliau sendiri sudah mendapat maklumat tepat berkaitan gejala yang kini dalam proses siasatan pihak berkuasa.
Andai tepat kata-kata Tan Sri Annuar Musa, dijangka ramai pemain yang terlibat bakal mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak negara seterusnya membuatkan Liga Malaysia kembali seperti awal 90-an, jatuh dan jatuh dan memerlukan masa untuk kembali naik.
Bagi RedsFC, gejala tidak bermoral ini wajar dibendung dengan segera oleh setiap persatuan sukan dan juga badan induk untuk mengelakkan dari kejatuhan sekali lagi liga paling utama. Ia tidak sepatutnya berlaku ketika sukan kita sudah memasuki era profesional dari segala segi termasuklah pentadbiran, corak permainan serta pembangunan sesebuah pasukan.
Banyak cara dapat digunakan untuk menghapuskan gejala ini. Salah satunya, menstrukturkan semuala gaji para pemain.Perbezaan ketara gaji diantara setiap pemain dalam sesebuah pasukan telah menyebabkan berlakunya jurang yang besar walau sumbangan yang diberikan tetap sama sepanjang 90 minit masa perlawanan.
Pihak persatuan juga perlu mengutamakan pembayaran gaji dengan tepat dan teratur kerana sudah dibuktikan bahawa setiap persatuan yang gagal membayar gaji dengan baik mengakibatkan pemain mereka mula mencari makan dengan cara haram seperti menerima rasuah dalam perlawanan bola sepak.
Selain itu, berikan penekanan akan akibat mengambil rasuah jika mereka tertangkap. Beritahu para pemain bahawa dengan menerima suapan untuk mengatur atau mengubah keputusan perlawanan, mereka bukan sahaja mengkhianati sokongan penyokong yang hadir malah menabur pasir dalam periuk nasi dengan perkara tidak halal disisi Islam.
Justeru itu, pihak berkuasa dan FAM perlu bekerjasama dan cepat bekerja dengan melakukan siasatan segera. Kita mahu dalang yang memberi rasuah diperangi sehabis daya. Bukan dengan hanya cepat mengeluarkan kenyataan di media tetapi tidak pada tindakan.
Tidak guna menangkap pemain jika dalang yang membuat perkara yang bakal membunuh dilepaskan begitu sahaja. Kita tidak mahu penyokong yang hadir ke venue perlawanan mengalami kerugian kewangan, tanpa sedar pemain pasukan mereka bermain sambil lewa selepas menerima keuntungan dari jalan belakang seperti yang diuar-uarkan ketika ini.
0 ulasan:
Post a Comment