Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya selaku badan induk yang bertanggungjawab akan hala tuju skuad Kebangsaan harus lebih peka dengan permasalahan semasa.
Mengapa perlu bermain tarik tali akan pemberian kontrak baru kepada ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal.
Pihak FAM seharusnya menunjukkan sikap "gentlemen" dengan menawarkan sambungan kontrak buat "King K" kerana banyak lagi perlu dibuat ketua jurulatih tersebut untuk mengharumkan nama negara.
Sikap membuta tuli FAM menangani kes ini menyebabkan penyokong Malaysia memandang serong kepada mereka didalam persatuan.
Datuk K. Rajagobal terbukti sudah membawa beberapa kejayaan yang belum pernah kita kecapi selain membantu skuad Malaysia dalam beberapa perlawanan terakhir antarabangsa. Adakah itu belum cukup untuk FAM memberikan satu sambungan kontrak buat mereka yang bertungkus lumus menaikkan nama bangsa dan negara di pentas tertinggi.
Menjadi persoalan kini, mungkinkah ada campur tangan dari tangan ghaib ataupun pencacai untuk mengenepikan jurulatih sekarang dari pentas kebangsaan.
Ataupun, ada sesetengah pihak panas punggung dengan kesungguhan yang dilakukan K. Rajagobal untuk mengubah skuad Malaysia lebih setaraf dengan kuasa asean lain.
Justeru itu, mahu tidak, FAM perlu memikirkan cara terbaik dengan memberikan satu kontrak berjangka panjang kepada ketua jurulatih dan pihak pengurusan lain yang dirasakan mampu membantu Malaysia mengecap nikmat juara sekali lagi pada masa akan datang.
Abaikan kata-kata pengampu buat seketika kerana tugas kepada negara lebih baik daripada menjaga nama sesetengah pihak yang hanya mahu merosakkan pasukan negara.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment