Penyokong TRW Kecewa.

Penulis: RedsFC.


Para penyokong Kelantan yang ditemui selepas perlawanan nyata kecewa selepas Kelantan tunduk 1-2 kepada Terengganu walaupun satu ketika diambang kemenangan.

Tiada siapa menyangka Daudsu Jamaludin akan menanduk masuk bola sepakan Abdul Manaf kedalam gawang sendiri pada saat akhir perlawanan.

Menurut Abdul Azam dari Klang, dia kecewa dengan keputusan perlawanan namun begitulah bola sepak, selagi wisel belum dibunyikan pengadil perlawanan, pemain tidak boleh leka dan merasa puas dengan gol pendahuluan.

Lihat siapa yang rugi, pemain dan penyokong Kelantan sendiri kerana keputusan ini sememangnya merenggut pesta yang ingin diraikan seluruh peminat Cik Siti Wan Kembang di seluruh dunia.

Bagi Nurul Aishah Kamaruddin, kekalahan Kelantan kepada Terengganu bagaikan membenarkan cakap-cakap sebelum perlawanan mengatakan Sang Kijang akan kalah kepada lawan sejiran tersebut.

Saya tidak kecewa jika kita kalah dengan semangat juang tinggi tetapi saya kecewa selepas kita tunduk dengan satu kesilapan pada minit akhir perlawanan sebelum berlarutan ke masa tambahan. Seolah-olah telah tertulis skrip dan cuma perlu diterjemahkan ke dalam perlawanan.

Ahmad Bukhari dari Kampung Baru turut kecewa dengan kekalahan kepada pihak lawan. Baginya, pemain Kelantan sudah memberi aksi terbaik namun nyata nasib tidak menyebelahi mereka. The Red Warriors seharusnya tidak mudah selesa dengan satu jaringan dan para pemain perlu terus bermain lancar dengan tidak melengahkan permainan.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: