Undian yang dilakukan RedsFC-News menunjukkan keyakinan penuh para peminat setia dengan kemampuan The Red Warriors menewaskan Sabah seterusnya muncul juara kali pertama kancah Liga Super 2011.
Undian yang dilakukan selama dua minggu mendapat respon baik dari peminat selepas 221 pengunjung memberikan undian mereka.
Berdasarkan 221 undian yang dilakukan, 216 penyokong menyatakan Sang Kijang mampu menewaskan Sabah di Stadium Likas pada 6 Julai nanti.
Manakala lima undian lagi menyatakan Kelantan tidak mampu untuk menang keatas pasukan Negeri Di Bawah Bayu tersebut.
Melihat pada pola pengundian, rata-rata penyokong yakin pasukan Kelantan tidak akan menghampakan mereka dalam merebut kejuaraan kali ini.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment