Perlawanan persahabatan Kelantan melawan Pelita Jaya yang dijadualkan berlangsung pada 2 Julai ditunda seminggu kemudian kepada 9 Julai 2011.
Menurut Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook miliknya, perlawanan persahabatan terpaksa ditunda kerana pihak pengurusan mahu memberi lebih tumpuan kepada usaha mencatatkan kemenangan keatas Sabah.
Selepas pertemuan dengan Sabah barulah pasukan The Red Warriors akan menentang Pelita Jaya di Stadium Sultan Muhamad dalam langkah persiapan Piala Malaysia.
Sebelum ini, Tan Sri Presiden KAFA turut membatalkan penyertaan dalam kejohanan Jemputan Gabenor Acheh atas alasan yang sama.
Untuk catatan, Kelantan memerlukan kemenangan keatas pasukan dibawah Bayu untuk muncul juara Liga Super buat pertama sekali sejak diperkenalkan pada tahun 2004.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment