Prebiu: Malaysia vs Myammar.


Satu sejarah bakal tercipta di arena keramat Cik Siti Wan Kembang setelah pasukan negara bakal mengadakan satu perlawanan bertaraf antarabangsa di sana.

Malaysia turun buat kali yang pertama melawan Myammar di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Mahu tidak, kemenangan harus dicari didepan penyokong setia TRW yang dikhabarkan bakal memenuhkan venue dengan lautan jersi Hitam Kuning.

Skuad kendalian K. Rajagobal sudah lali dengan karenah fanatik penyokong Kelantan dan sudah pasti perlawanan yang akan dilalui malam ini bakal digunakan sebaik mungkin sebagai satu penghormatan kepada anak cucu Tok Janggut.

Bagaimanapun, Myammar yang bertandang negeri Serambi Mekah sudah tentu masih belum mengetahui bagaimana keadaan penyokong Kelantan dan mereka tentu tidak mengetahui kefanatikan penyokong dari venue Kota Bharu.

Namun, cabaran pemain muda kendalian Milan Zivadinovic tidak harus dipandang enteng andai pemain Malaysia tidak mahu dimalukan.

Myammar tidak asing kerana mereka pernah menggungguli saingan Piala Pestabola Merdeka pada tahun 2006 sebelum sekali lagi ke final setahun kemudian namun tumpas kepada pasukan bawah 23 negara.

Mereka dibarisi 100% pemain yang bermain dalam Liga Domestik Myammar dengan purata umur pemain dalam lingkungan 20-30 tahun.

Rekod pertemuan Malaysia dan Myammar sepanjang tahun 1957 sehingga 2008, skuad negara menang 23 kali, tewas 17 kali dan seri sebanyak 7 kali dengan menjaringkan 86 gol, 20 bolos.

Rekod pertemuan terakhir pula berpihak kepada Myammar dengan jaringan 4-1 pada tahun 2008 saingan Grand Royal Challenge Cup di Yangoon.

Pertemuan malam ini akan menunjukkan kepada umum sama ada Malaysia dapat meneruskan rentak kecemerlangan  bermain di laman sendiri  atau tersungkur kali kedua dalam pertemuan persahabatan yang diatur.

Kesebelasan Utama Malaysia.

Kehilangan lima pemain ekoran masalah kecederaan tidak menggusarkan K. Rajagobal setelah dia diberi peluang menghimpunkan beberapa nama terbaik dalam Liga Malaysia setakat ini.

Ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha ekoran masalah kecederaan pantas memberi peluang kepada Ahmad Fakri Saarani untuk masuk selaku penyerang utama bergandingan dengan Abdul Hadi Yahya. Pilihan seterusnya adalah Shahrizal Saad, penyerang sedang meningkat naik dari Johor FC.

Barisan tengah pula bakal diketuai Safiq Rahim selaku jeneral yang akan mengatur corak serangan ke arah pintu gol pasukan Myammar. Persoalannya, pemain mana akan diturunkan untuk bergandingan dengan Safiq di bahagian tengah. Ketika ini, dua tiga nama sudah pasti menjadi congakan Rajagobal untuk diturunkan kerana setiap pemain yang menganggotai skuad dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri. Shakir Shaari, perancang tengah Kelantan, Amirul Hadi, nama sinonim dalam kesebelasan utama negara, Ashaari Shamsudin, pemain sayap berkesan Terengganu, Badrol Bakhtiar dan Amar Rohidan, nadi pasukan Kedah serta S. Kunanlan dan S. Chanturu, pemain sayap kanan merangkap penyerang utama Negeri Sembilan dan Kelantan. Kesemua mereka merupakan nama-nama yang mungkin akan diturunkan namun siapa yang bakal menganggotai kesebelasan utama.

Barisan pertahana turut melibatkan beberapa nama muka baru dalam skuad Kebangsaan. Farisham Ismail kali pertama dipilih dan sudah pasti menanti debut pertama dalam skuad Kebangsaan. Rizal Fahmi pula pernah terpilih sebelum tersingkir dalam perlawanan sebelum ini dipanggil kembali. Manakala selebihnya nama-nama regular seperti Asrarudin Putra, Aidil Zafuan serta Azmi Muslim. Dua lagi nama adalah pertahanan Kuala Lumpur dan seorang dari Perak. Dijangka, Farisham akan masuk selaku pemain pertama bersama dengan Aidil untuk pertahanan tengah manakala Asrarudin Putra kekal di bahagian kiri serta Azmi Muslim di bahagian kanan. Rizal Fahmi, Yong Kuan Yong dan Hisyamudin Syaari menanti di bangku simpanan.

Penjaga gol utama kemungkinan digalas Sharbinee Alawee selepas Khairul Fahmi Che Mat berada bersama skuad Olimpik untuk perlawanan menentang Lubnan. Penjaga gol kedua menjadi milik Kishok Sasi Kumar.

Kesebelasan Jangkaan Malaysia

Sharbinee Alawee
Azmi Muslim--Farisham Ismail--Aidil Zafuan--Asrarudin Putra
S.Kunanlan--Shakir Shaari--Safiq Rahim--Ashaari Shamsudin
Abdul Hadi Yahya--Ahmad Fakri Saarani

Jangkaan Keputusan
Malaysia 2-0 Myammar
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: