Terengganu Perlu Baiki Mutu Menjelang Perlawanan Akhir Piala FA - MB

KUALA TERNGGANU, 8 Jun (Bernama) -- Pasukan Bola Sepak Terengganu diharap dapat membaiki mutu permainan mereka menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, berlaku kemerosotan pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri semasa menentang Kelantan dalam pertandingan Liga Super Isnin lepas.

"Saya menyaksikan permainan Pasukan Terengganu baru-baru ini dan mendapati ada satu kelemahan paling ketara iaitu berlaku kemerosotan mutu perlawanan.

"Kita kalah dua perlawanan di tempat sendiri semasa menentang Kedah minggu lepas dan Kelantan dua hari lepas dalam Liga Super. Adat permainanlah kalah menang, tetapi kalau merosot secara mendadak, kita perlu perbetulkan segera," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini Rabu.

Ahmad berkata, Terengganu mempunyai dua lagi pelawanan dan jika berjaya memenangi kedua-dua perlawanan itu, Terenngganu mampu meraih enam mata menjadikan keseluruhan 53 mata.

Namun katanya kelebihan akan memihak kepada Kelantan, sekiranya pasukan itu berjaya memenangi baki dua perlawan sekaligus akan menjadikan mereka juara Liga Super.

"Bagaimanapun dalam bola sepak apa-apa boleh jadi. Walaupun kita kalah di tempat sendiri, tidak mustahil kita boleh menang di Stadium Nasional bagi menjulang Piala FA. Untuk itu pemain dan pegawai perlu bekerja kuat bagi merialisasikan kejayaan," katanya.

-- BERNAMA

Share on Google Plus

About Moderator

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: