TRC Gegar Anjur Futsal TRW Station.


Radio Internet, TRC Gegar FM dengan kerjasama Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan, Kelate Dot Net akan menganjurkan satu pertandingan futsal sempena ulang tahun pertama Cafe Rasmi KAFA, TRW Station.

Pertandingan Gegar Futsal TRW Station dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 18 Jun bertempat di Gelanggang Futsal Real 7, Pasir Tumboh, Kelantan.

Menurut Jawatan Kuasa Pertandingan Gegar Futsal TRW Station, Wan Muhamad Hafiz Wan Jaafar, pihak penganjur mengsasarkan penyertaan lebih 64 pasukan menyertai pertandingan ini.

Pasukan yang berminat menyertai pertandingan Gegar Futsal TRW Station boleh mengambil borang pertandingan di Gelanggang Futsal Real 7 ataupun muat turun borang dan syarat pertandingan di laman Blog http://redsfcnews.blogspot.com dan menghantar kepada pihak TRC Gegar beserta bayaran RM150 sebelum 14 Jun 2011.

Hadiah lumayan disediakan kepada pemenang dimana wang tunai berjumlah hampir RM7000 ditawarkan selain trofi, pingat dan hadiah iringan.

Sebarang pertanyaan tentang pertandingan boleh menghubungi Wan Muhamad Hafiz di talian 012-9633439 dan Mahizi di talian 019-3556449.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: