Kelayakan Pusingan Pertama
Malaysia 4-4 Taiwan
Malaysia Layak dengan peraturan gol di tempat lawan.
Permulaan memberangsangkan kepada Datuk K. Rajagobal dalam saingan Kelayakan Pusingan pertama selepas berjaya menewaskan Taiwan dengan peraturan gol ditempat lawan walaupun sekadar terikat 4-4 secara agregat. Malaysia cemerlang perlawanan pertama di Bukit Jalil apabila membenam pasukan lawan 2-1 tetapi diberikan tentangan sengit perlawanan kedua untuk berkesudahan tewas 2-3. Dengan kejayaan Malaysia tersebut, ia menerbitkan perasaan bangga kepada semua pemain dan penyokong kerana akhirnya layak ke pusingan kedua selepas beberapa tahun tersungkur seawal peringkat pertama.
Kelemahan.
Kelemahan ketara ditunjukkan barisan pemain ialah mereka kerapkali menunjukkan aksi longlai di penghujung saingan dalam dua perlanan secara timbal balik. Prestasi mantap pada awal permainan gagal mereka kekalkan ketika dihujung perlawanana memaksa pemain benteng bertungkus lumus mempertahankan pintu gol. Dari tiada tekanan, pihak lawan mengambil kesempatan kepada kelekaan pertahanan dan pemain tengah untuk menjaringkan gol. Situasi ini menerbitkan rasa tidak puas hati penyokong kepada beberapa pemain dan memohon Rajagobal merehatkan tonggak yang dilihat tidak memberi fungsi.
Pemain
Wira
Hanya beberapa pemain yang diturunkan memberikan aksi 100% untuk menempah pertemuan Kelayakan pusingan kedua dengan Singapura. Selain itu, untuk dua perlawanan ini, tumpuan mata peminat Malaysia terarah kepada Safiq dan Aidil Zafuan kerana empat jaringan yang diperoleh adalah hasil jaringan mereka berdua. Mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan dan pengalaman yang diperoleh untuk merobohkan benteng pertahanan Taiwan.
Petualang
Jentera pertahanan negara menjadi petualang besar untuk perlawanan ini selepas gagal memberikan sumbangan berkesan membantu mengawal kubu terakhir. Mereka kerap hilang fokus selain melakukan banyak kesilapan mudah dengan memberikan Taiwan satu gol di hujung saingan Kelayakan pertama manakala menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada Taiwan dalam aksi timbal balik. Bahagian serangan juga hambar dengan Safee Sali kerapkali tidak dapat melakukan serangan dengan lancar kerana masih dibelenggu kecederaan.
Rumusan Keseluruhan
Malaysia bermain baik pada perlawanan pertama dengan beberapa pemain yang diturunkan mengikut corak taktikal yang telah diatur jurulatih. Mereka memberi tekanan kearah pintu gol Taiwan dan menjaringkan dua gol pendahuluan. Begitu juga dengan perlawanan kedua, Malaysia garang untuk melakukan jaringan tetapi akhirnya terlepas kemenangan ekoran lalai dan tekanan serangan Taiwan. Tetapi, satu pujian tetap diberikan kerana mereka dapat layak ke perlawanan berikutnya dan menghapuskan seketika kritikan untuk bermain dengan Singapura pada perlawanan pusingan kedua kelayakan.
Kelayakan Pusingan Kedua
Malaysia 4-6 Singapura
Malaysia turun perlawanan pertama dengan corak positif selepas Safee memecah kebuntuan seawal 15 saat masa perlawanan. Tetapi, Singapura yang turun selaku tuan rumah mudah menyamakan kedudukan tidak lama kemudian dan terus mengandakan kepada empat jaringan pada akhir separuh masa pertama. Memasuki babak kedua, skuad negara terlebih dahulu membuat ancaman dengan dua jaringan pantas Safee dan Hadi Yahya namun penyerang tinggi lampai The Lions, Alaksandar Duric melakukan penyudah kemas pada 10 minit terakhir untuk gol kelima. Aksi timbal balik di Kuala Lumpur pula menunjukkan penguasaan penuh Malaysia tetapi Singapura pula dilihat banyak mengatur serangan bahaya kearah pintu gol Malaysia. Separuh masa berkesudahan 0-0 dan awal babak kedua, Safee menggamatkan venue dengan penyudah deras dari dalam kotak penalti namun penyokong terdiam terus pada minit ke-72 setelah Sh Jiayi menolak masuk gol penyamaan pasukan pelawat. Keputusan kekal sehingga tamat untuk memberikan Singapura kelayakan ke pusingan ketiga.
Kelemahan.
Seperti aksi kelayakan pertama dengan Taiwan, jentera pertahanan terus dipersalahkan dengan kegagalan melakukan kekangan keatas jentera serangan Singapura. Kehilangan Aidil pada awal babak pertama perlawanan kedua menyebabkan empat pemain yang dikritik hebat selepas lima jaringan perlawanan pertama terus diletakkan dalam kesebelasan utama. Tetapi mereka terus menghampakan kerana seringkali mati langkah untuk menjaga pemain Singapura melakukan serangan demi serangan kerah kubu pasukan Malaysia. Singapura dengan bersahaja masuk dari arah tengah setelah pemain Malaysia memberikan ruang luas kepada pasukan lawan bergerak bebas.Selain pertahanan, pemain di tengah turut gagal melakukan kawalan baik setelah hantaran mereka seringkali dipintas selain permainan sedikit "defensive" ketika pasukan sedang mencari gol.
Pemain.
Wira
Safee Sali, Khairul Fahmi, S. Kunalan dan Amirul Hadi memberikan persembahan bertenaga dalam dua perlawanan yang berlangsung. Kehebatan mereka menenggelamkan seketika kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh pemain lain. Tiga jaringan Safee serta satu daripada Hadi belum cukup untuk membantu Malaysia layak. Deretan hantaran cantik dari Amirul Hadi dan S. Kunalan membantu Harimau Malaya kerap kali memecahkan benteng Singapura. Khairul Fahmi bertindak cemerlang perlawanan kedua menafikan beberapa cubaan merbahaya The Lions selepas Sharbinee diketepikan ekoran kegagalan menyelamatkan pintu gol perlawanan pertama. Manakala Pemain selebihnya termasuk gantian hanyalah penumpang dalam skuad Malaysia.
Petualang
Safiq Rahim bermain baik pada perlawanan pertama tetapi kesilapan melakukan kekasaran menyebabkan layangan kad merah perlawanan pertama meletakkan pemain ini dalam situasi petaka. Selaku ketua pasukan, terjahan tidak perlu menyebabkan Malaysia kekurangan satu pemain wajar diletakkan kesalahan diatas bahu pemain ini kerana khidmat selaku perancang perlawanan terbantut terus akibat kesilapan yang dilakukannya. Selain Safiq, pemain seperti Amar, Ismail Faruqi, turut gagal memberikan aksi yang diharapkan. Jentera pertahanan yang diturunkan seperti Mahali, Asra, Muslim dan Fadhli turut dipertanggungjawabkan ekoran kekalahan kepada Singapura. Mereka melakukan kesilapan berterusan dari segi kekangan dan "clearance" menyebabkan pemain lawan berleluasa mengatur percubaan kearah kubu Malaysia. Fakri Saarani turut menjadi petualang besar kerana dua perlawanan diturunkan, tiada satu sumbangan kepada pasukan melainkan terjahan "bodoh" menyebabkan tiga kad kuning dan satu kad merah diberikan kepada pemain ini.
Rumusan Keseluruhan
Secara keseluruhannya, kesilapan taktikal jurulatih meletakkan pemain dalam kesebelasan yang diturunkan menjadi faktor utama mengapa Malaysia gagal memberi saingan kepada Singapura. Pemain yang telah terbukti gagal dengan kesilapan mudah terus diletakkan dalam senarai pemain sedangkan barisan pemain yang lebih baik dan mampu diturunkan terus diletakkan di bangku simpanan. Para pemain pertahanan dan tengah "center" tidak langsung membantu Malaysia dalam dua perlawanan menentang The Lions malahan khidmat pemain ini dilihat banyak mendatangkan kesukaran kepada pemain lain yang bermain dengan baik. Tidak wajar sebenarnya untuk menyalahkan beberapa pemain tetapi itulah hakikat yang harus ditelan kerana kesilapan individu menjadi punca tersingkirnya Malaysia di pusingan kedua kelayakan. -RedsfcNews-
All Photo By: Shazli Shamsudin Photography.
1 ulasan:
tak wajar salahkan shafiq rahim.. dia pun main sunguh2..
Post a Comment