Analisis Ringkas The Red Warriors 2011.


Reds Deliey
RedsFCNews@gmail.com

Diberi nafas baru oleh Tan Sri Annuar Musa selaku presiden persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), beliau membawa Sang Kijang kepada kejuaraan pertama Piala Malaysia selepas 89 tahun menanti. Musim 2011, mereka terus dengan kehebatan tersendiri seterusnya menghalang Selangor mencatatkan kejuaraan hatrik Liga Super malah mereka juga cemerlang dengan kejuaraan Piala Sumbangsih.

Dibarisi 90% pemain berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dengan campuran beberapa nama besar tanahair, mereka muncul antara pasukan paling konsisten setakat ini dengan kejayaan muncul pemenang Liga Super, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, dan empat kali naib johan dalam tiga saingan tersebut sepanjang tiga tahun terakhir.

Menyusuri sejarah Kelantan sepanjang tahun, mereka beberapa kali pernah muncul johan dalam kejohanan liga bawahan sebelum menjadi Gergasi Pantai Timur tahun-tahun terakhir. Delegasi impian ciptaan Presiden KAFA pada tahun 2007 akhirnya membuahkan hasil lumayan selepas kejayaan demi kejayaan berjaya diraih.

Deretan kejayaan diperoleh bukan dengan jalan mudah. Pernah digelar pasukan "mee segera", Kelantan turut dilabel pasukan tidak mampu menjulang sebarang kejuaraan utama. Tetapi pantas ia dinafikan pihak pengurusan dengan membawa nama-nama berpengalaman digabungkan dengan pemain muda seterusnya mencipta gemilang dari tahun ke tahun.

The Red Warriors sebenarnya sebuah jenama baru yang diperkenalkan dengan sebuah pengurusan mantap disamping dibina untuk membuka mata para peminat bola sepak tempatan bahawasanya sesebuah pasukan boleh berubah kepada lebih baik jika menerima sentuhan terbaik dari mereka yang pakar. Dengan sokongan padu para penyokong yang tidak putus-putus berkunjung ke setiap venue perlawanan dalam dan luar negeri membolehkan skuad yang tidak diberi harap menjulang nama naik dengan cepat dan kekal lama di atas.


Muncul naib johan Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun 2009 menjadi pencetus kepada kejuaraan pertama Piala Malaysia dan naib johan Liga Super pada tahun 2010. Walaupun silih berganti jurulatih, Kelantan terus konsisten memberi cabaran besar sehingga menjadi pasukan paling digeruni sepanjang saingan Liga Malaysia. Mengalahkan Sang Kijang menjadi impian semua pasukan tidak kira kelab bawahan ataupun kelab atasan.

Sebenarnya, jika diambil kira sepanjang pembabitan Kelantan dalam kancah liga Malaysia sejak era amatur sehingga ke profesional, dari tahun 70-an kepada awal 90-an pergi ke zaman dekad baru, bola sepak negara dilihat meriah dan ramai pihak harus akui bahawa tahap sukan kegemaran pendukung Harimau Malaya pasti meningkat naik andai Sang Kijang turut naik.

Pada tahun 2011, Kelantan memulakan saingan dengan menang 2-0 keatas Merah Kuning untuk merangkul Piala Sumbangsih pertama dan mereka meneruskan catitan itu dengan mengungguli pula Liga Super hasil 17 kemenangan. Biarpun, perit untuk diterima seketika selepas dibedil Terengganu pada saat akhir kancah final Piala FA, melepaskan piala ketika 1 saat untuk dijulang sang juara mutlak, Kelantan memacu kejayaan terakhir mereka seterusnya membawa balik kejuaraan liga ke Kota Bharu.

Berbekalkan nama baik selain keinginan setiap pemain menjadi raja sukan bola sepak negara menarik minat ramai pihak untuk berkongsi kejayaan yang diraih pasukan Kelantan. Pujian demi pujian dilontarkan malah ada pihak tanpa segan silu mengakui sebagai peminat nombor satu The Red Warriors.

Tetapi, setiap musim yang dilalui turut tidak terlepas dari bencana dan ketegangan yang dicetuskan peminat pihak luar kepada para penyokong Kelantan. Bermula dengan tindakan liar segelintir penyokong Perak keatas Kelantan penyokong Negeri Sembilan pula menuruti langkah dengan melakukan satu perkara tidak tamadun di kala sukan bola sepak gah mempamerkan lambang "fair play" pada awal perlawanan. Tidak disalahkan seratus peratus kepada pihak luar ini namun sudah kelihatan dari bibit-bibit permusuhan cuba dicetuskan agar menonjolkan keburukan Perwira Merah di mata masyarakat.

Benar dulu, Kelantan dilabel mempunyai penyokong ganas, tidak tamadun, bersikap rasist kepada penyokong pasukan lain selain akan melakukan kekacauan andai diprovokasi namun akhir-akhir ini mereka kelihatan sudah merubah sikap demi perpaduan. Tetapi timbul pula segelintir pihak yang mahu merosakkan disiplin tersebut dengan terus melakukan provokasi bodoh memaksa penyokong Kelantan bertindak balas selepas disentuh.

Pemain Terbaik Liga/Piala FA

Norshahrul Idlan Talaha.

Prestasi konsisten bersama The Red Warriors selain diletakkan selaku pemain utama dalam pasukan Kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha tidak asing lagi bakal dipilih para peminat selaku pemain terbaik Kelantan pada musim ini. Dia berjaya merekodkan 19 gol dalam saingan Liga selain beberapa gol penting dalam kancah Piala FA. Dari pemain yang tidak dikenali ramai, Norshahrul mula menjenamakan diri selaku pemain terbilang liga Malaysia selepas menyertai Sang Kijang menjadikan dia penyerang paling dikehendaki pasukan dalam dan luar negara.

Rekrut Player Terbaik

Nurul Azwan Roya.

Pembelian terbaik Kelantan pada tahun 2011 sudah pasti dimiliki Nurul Azwan Roya. Beberapa jaringan gol serta deretan hantaran gol kepada pemain diatas membuatkan dia salah seorang "Raja Assist" sepanjang kejohanan Liga Malaysia pada tahun ini. Walaupun perlahan pada penghujung saingan, Nurul Azwan Roya menunjukkan sesuatu yang istimewa kepada peminat di luar sana mengapa Kelantan merasa kehilangan jika dia tidak diturunkan dalam sesuatu perlawanan. Nyata ruang kosong yang ditinggalkan Indra Putra Mahayudin pantas diambil alih anak kelahiran Kelantan yang berbakti dengan pasukan luar sebelum direkrut kembali menyertai The Red Warriors musim ini.

Statistik Kelantan 2011
Liga Super:

Main: 26 Perlawanan
Mata: 56 Mata
Menang: 17 Perlawanan
Seri: 5 Perlawanan
Kalah: 4 Perlawanan
Jaringan: 52 Gol
Bolos: 21 gol
Penjaring Terbanyak: Norshahrul Idlan Talaha
Hantaran Gol Terbanyak: Norshahrul Idlan Talaha
Kedudukan: Juara

Piala FA

Main: 7
Menang: 4
Seri: 2
Kalah: 1
Jaringan: 14 Gol
Bolos: 8 Gol
Penjaring Terbanyak: Norshahrul Idlan Talaha
Top Assist: Nurul Azwan Roya
Kedudukan: Naib Juara

Perpindahan Masuk:

Aziz Ismail (KL Plus), Danial Fadzly (ATM), Khalid Jamlus (ATM), Solehin Kanasian Abdullah (Perlis), Nurul Azwan Roya, Wan Rohaimi Ismail (Johor FC), Nick Chan (Cardif City), Khairan Ezuan Razali dan Norhadi Ubaidillah

Perpindahan Keluar:

Akmal Rizal (Perak), Hairudin Omar (Negeri Sembilan), Indra Putra, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose (T-Team FC), Sharudy Aziz, Che Hishamudin Hasan (Dilepaskan)

Kesebelasan Pilihan 2011

Khairul Fahmi Che Mat
Daudsu Jamaludin -- Farisham Ismail -- S. Subramaniam -- Zairul Fitree
S. Chanturu -- Mohd Badri Radzi -- Shakir Shaari -- Nurul Azwan Roya
Norshahrul Idlan Talaha -- Ramzul Zahini

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: