President Warriors Sebelah Kaki ke Final.

Kelantan sebelah kaki ke pentas akhir Piala Presiden selepas bangkit pada babak kedua untuk membenam cabaran PKNS FC 2-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Terima kasih dengan dua jaringan Mohd Izuan Rosli pada minit ke-78 dan 81.

Permulaan babak pertama menyerlahkan keazaman kedua-dua pasukan memburu jaringan awal apabila saling mengasak kubu pasukan lawan.

Kelantan terlebih dahulu melakukan percubaan melalui sepakan liar Norsyahrul Hawari pada minit ke-8.

PKNS turut tidak ketinggalan dengan percubaan tepat Norfahmie Hadzrin pada minit ke-11.

Tidak lama kemudian, PKNS dikurniakan satu sepakan percuma tetapi sepakan deras Mohd Nazrin Syamsul sedikit melewati palang gol.

Tuan rumah hampir menghukum kelalaian benteng pelawat pada minit ke-20 selepas Nik Shahrul Azim terlepas dari kawalan pertahanan PKNS namun tandukan ketua pasukan Kelantan sedikit tinggi.

Pada minit ke-32, sepakan percuma menarik Mohd Izuan Rosli kedalam kawasan PKNS gagal disambar pemain Kelantan walaupun penjaga gol lawan, See Tian Keat sudah tertewas.

Tandukan penyerang PKNS, Mohd Izzudin Zainudin pada minit ke-39 berjaya dikeluarkan Faizol Nazlin dari kawasan bahaya.

Dua minit selepas itu, sepakan deras Mohd Izuan Rosli dari luar kotak penalti hanya tersasar beberapa inci dari pintu gol lawan.

Cubaan meliar Mohd Farhan Yaacob pada minit ke-44 menutup tirai separuh masa dengan kedudukan tanpa jaringan.

Seminit bersambung babak kedua, Tuan Mohd Norhafizie menyaksikan cubaan dari jarak 25 meter melambung tinggi melepasi pintu gol PKNS.

Cubaan Mohd Asyidi Dil Ashar pada minit ke-60 berjaya ditumbuk keluar Mohd Syazwan di pintu gol Kelantan.

Seminit kemudian, sepakan lemah Mohd Izzudin Zainudin mudah diselamatkan Syazwan.

Mohd Syawalrudin pula menyaksikan sepakan menarik dari jarak 30 meter pada minit ke-75 ditangkap kemas penjaga gol PKNS.

Setelah puas mencuba, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan selepas Mohd Farhan Yaacob dikasari Muzammer Mohamad Zaki. Mohd Izuan Rosli menyempurnakan sepakan ke penjuru kiri gawang PKNS untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-78.

Tiga minit kemudian, Kelantan mengadakan kedudukan kepada 2-0 selepas sepakan percuma dari luar kotak penalti Mohd Izuan Rosli berjaya memperdayakan penjaga gol PKNS, See Tian Keat.

PKNS terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-85 selepas Muzammer Mohamad Zaki dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Mohd Farhan Yaacob.

Kelebihan seorang pemain gagal digunakan pemain Kelantan untuk menambah jaringan, sebaliknya PKNS pula berjaya melepaskan dua percubaan bahaya namun penjaga gol Sang Kijang, Mohd Syazwan bertindak cemerlang menggagalkan cubaan Adam Syafiq dan Muhd Asnan Awal pada minit akhir perlawanan.

Kesebelasan Utama Perlawanan:

Kelantan: Zahasmi Ismail.
Mohd Syazwan (Pg), Faizol Nazlin Sayuti, Mohamad Khairul Izuan Rosli, Mohd Farhan Yaacob (Shahiran Mohd Zain), Zamri Ramli, Aris Zaidi, Nick Chan (Mohd Syawalrudin), Nik Mohd Shahrul Azim (Kp), Norsyaharul Hawari (Manaf Mansor), Norhamizi Haron (Azyu Ikmal) dan Tuan Mohamad Norhafizie.

PKNS FC: Rusdi Suparman.
See Tian Keat (Pg), Muzammer Zaki,  Fikri Elham, Idris Ahmad, Nazrin Syamsul, Muhd Asyidi, Muhd Rosdi, Izzudin Zainudin (Mohd Asnan), Norfahmie Nadzrin (Kp) (Muhamad Alif), Aminudin Noor dan Muhd Atif Hanif (Adam Shafiq Fua'ad).

Pemain Terbaik Perlawanan Pilihan RedsfcNews: Mohd Khairul Izuan Rosli.

Statistik Perlawanan

Gol 
President Warriors 2-0 PKNS FC

Percubaan
President Warriors 9-5 PKNS FC

Sepakan Sudut
President Warriors 0-2 PKNS FC

Offside
President Warriors 1-3 PKNS FC

Kad Kuning
President Warriors 4-4 PKNS FC

Kad Merah
President Warriors 0-1 PKNS FC

Posisi Bola (%)
President Warriors 55-45 PKNS FC



Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: