Badrol Dahului Senarai.

Penyerang Kedah, Badrol Bakhtiar mendahului senarai pemain kegemaran penyokong menyertai pasukan The Red Warriors pada tahun 2012.


Berdasar undian yang dijalankan di laman blog RedsfcNews selama dua minggu, 74% dari 1157 undian mahukan pemain ini direkrut KAFA untuk memperkuatkan Kelantan saingan Liga Malaysia dan Piala AFC tahun hadapan.

Ketua pasukan negara, Safiq Rahim pula berada di kedudukan kedua dengan menerima 343 undian (29%) dari penyokong Kelantan.

Abdul Hadi Yahya selaku penjaring terbanyak Liga Super 2011 turut berada dalam senarai tiga pemain popular menjadi idaman selepas menerima undian sebanyak 26 % (312 Undian) dari penyokong Kelantan.

Anak Kelantan yang beraksi dengan Kedah, Azlan Ismail turut menerima undian tinggi selepas mendapat 177 undian dari keseluruhan undian manakala Izzat Faris Ramlan melengkapkan senarai dengan 164 undian (14%).

Hardi Jaafar dan Abdul Manaf Mamat turut tidak terkecuali diminati para penyokong untuk menyarung jersi Merah Putih The Red Warriors 2012. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: