Kelantan Mahu Guna Pemain Import.

Kita masih menantikan pengumuman rasmi dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkaitan urusan pengambilan pemain import saingan Liga Malaysia 2012.


Mesyurat Jawatan Kuasa FAM akan bermesyuarat esok sebelum memutuskan sama ada pengambilan pemain import dibenarkan.

Namun berdasarkan maklumat disampaikan Timbalan Persatuan Bola Sepak Malaysia yang juga Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dijangkakan pengambilan pemain import kembali dibenarkan dalam liga Malaysia.

Sebelum ini sudah kedengaran ura-ura mengatakan kelibat pemain import mungkin dapat disaksikan kembali selepas diharamkan pada tahun 2008. Isu pemain import ditimbulkan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan mendapat respon segera dari banyak pihak termasuklah Persatuan Induk tersebut.

Jika dibenarkan, pihak FAM dikhabarkan telah menetapkan syarat setiap pasukan yang mahu mengambil pemain import menyertai pasukan mereka harus menggunakan salah seorang pemain import dari negara Asean.

Selain itu, pihak negeri dan kelab juga harus membuktikan mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

Bagi Persatuan Bola Sepak Kelantan, mereka tetap akan menggunakan khidmat dua pemain import jika FAM memutuskan sebaliknya dalam mesyuarat jawatankuasa esok.

Penglibatan mereka dalam saingan AFC pada tahun 2012 memerlukan khidmat pemain luar negara untuk memantapkan pasukan dan Kelantan akan tetap dengan hasrat tersebut untuk membolehkan mereka bersaing dengan pasukan ternama Asia.

Menurut Presidennya, mereka tidak mahu menjadi pasukan belasahan menyebabkan mereka tetap mahu merekrut tenaga import kompetetif sebelum menyertai perlawanan Piala AFC.

KAFA menyatakan pihak mereka akan mengambil pemain import dari Amerika Latin, Afrika ataupun Asia Tengah dan akan menguji terlebih dahulu tidak semata-mata berdasarkan video yang dihantar ejen pemain.

Pihak persatuan sanggup mengeluarkan dana yang lebih bagi mencari pemain yang benar terbaik membantu pasukan bersaing di kejohanan tertinggi. -RedsfcNews-

Photo:
Ridzuan Mohamad.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: