Datuk K, Tolong Ubah.

Berubahlah demi kepentingan bola sepak Negara.


Pesanan ikhlas kepada Datuk K. Rajagobal dan semua pihak pengurusan didalam pasukan Kebangsaan jika benar mereka mahu Malaysia bermain di tahap lebih tinggi selepas ini.

Cukuplah pengajaran yang telah Singapura tunjukkan kepada Malaysia bahawa mereka layak berada setakuk di atas walaupun kita juara AFF dan juga pemegang pingat emas Sukan Sea.

Kita tidak mahu lagi skuad Harimau Malaya terus diperlekeh semata-mata sikap lupa pada sejarah lampau.

Siapa mahu lihat pasukan kesayangan mereka, maruah mereka dalam meminati bola sepak di injak-injak pasukan lawan.

Tidak cukupkah dengan kata-kata nista sebelum kebangkitan mendadak pasukan negara di pentas Asean. Jangan lupa, stadium kebanggaan kita enam tahun dahulu hanya dihadiri kurang dari 500 penyokong pada setiap perlawanan.

Dan kini bila hampir 100k menjejakkan kaki ke arena pertembungan, mereka disajikan dengan satu drama anak dan ayah di tengah padang menyebabkan pasukan impian Era Baru tersungkur indah di kaki pasukan lawan.

Puas hati seri dengan pasukan lawan di gelanggang sendiri. Puas hati dibelasah The Lions di gelanggang lawan. Puas hati ditunjukkan bola sepak sebenar kepada dua pasukan Liga Inggeris. Puas hatikah dengan semua perlawanan tersebut.

Penyokong tentu tidak puas hati kerana mereka membayar tiket berpuluh-puluh ringgit untuk menyaksikan perlawanan bermutu pasukan negara, bukan perlawanan menunjukkan kesilapan taktikal secara keseluruhannya.

Tapi, itulah yang dinamakan bola sepak. Pasukan yang kuat akan terus mara manakala pasukan yang lemah hanya memerhati pasukan lawan bertanding di peringkat seterusnya dengan bangga sambil makan kuaci.

Selepas ini, tumpuan Malaysia tentunya kepada skuad Olimpik yang mara ke peringkat kumpulan untuk merebut tiket ke London. Oleh itu, kita harap mereka dapat mempelajari dengan sebaik mungkin kesilapan besar yang telah abang senior mereka lakukan di peringkat atasan.

Kepada Datuk K, jangan bersikap angkuh kerana keangkuhan dan kesombongan tidak memberi sebarang erti kepada corak perlawanan. Sikap tersebut hanya membusukkan nama jika perancangan awal tidak menjadi malahan diberi petunjuk di mana jalan hendak keluar.

Gunakan kesilapan ini untuk bermuhasabah diri mencari sebab dan mengapa penyokong dengan lantang mengkritik pasukan di mana-mana sahaja mereka mampu. Fikirkan apa jua kesilapan sepanjang membimbing Malaysia beraksi di pentas Kelayakan Piala Dunia.

Renungkan dan cuba ubah gaya angkuh kepada lebih neutral seperti awal dahulu. Tidak lagi sesuka hati melempar kenyataan di dada akhbar bagaikan pasukan kendalian sudah muncul di pentas Piala Piala Dunia.

Penyokong sudah muak mendengar kata-kata sombong dan ego serta bagaikan tidak erti keinginan peminat untuk sama-sama mencipta sejarah baru dalam bola sepak Kebangsaan.

Mereka ingin terus dan terus berada dalam skuad prospek juara, bukan hendak menyokong pasukan yang mencari kekalahan atas sebab keegoan jurulatih. -RedsfcNews-

Photo:  Info Dan Ranking Bola Sepak Malaysia

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

Anonymous said...

sikap professional adalah sesuatu yang subjektif. Jangan risau jika anda tidak dikatakan professional disebabkan menerima pandangan orang ramai. Adakah sikap berpendirian tegas boleh diklasifikasikan sebagi satu elemen yang mandatori kepada anda untuk mendukung professionalisme??? fikir-fikirkan la demi kejayaan untuk semua, belajar dari kesilapan & pengalaman.

Anonymous said...

syabas Dato' Raja..teruskan usaha anda..