Video dan Laporan: Harimau Malaya Tersingkir.

Harimau Malaya ditunjukkan jalan keluar dalam saingan Kelayakan Piala Dunia selepas tewas 4-6 secara agregat kepada Singapura.


Bermain di halaman sendiri serta menerima sokongan padu penyokong setia tidak cukup buat Malaysia untuk memadamkan defisit dua gol pasukan lawan apabila sekadar terikat 1-1.

Singapura terlebih dahulu mengancam gawang negara dengan sepakan tinggi Shi Jiayi seawal minit ketiga.

Seminit kemudian, sepakan jarak dekat S. Kunalan selepas menerima hantaran Safee Sali diselamatkan penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.

Pelawat terus mengancam kubu Malaysia dengan tampanan Duric selepas menerima hantaran Shi Jiayi tetapi Khairul Fahmi cemerlang menampan kemas pada minit ke-14.


Giliran Amirul Hadi mencuba pada minit ke-26 namun sepakan pemain sayap Malaysia lemah kepada Izwan Mahbud di pintu gol Singapura.

Pada minit ke-38, Singapura diberi satu sepakan percuma dari sebelah kiri pintu gol Malaysia namun sepakan cantik Shaiful Esah dinafikan Khairul Fahmi.

Pada awal babak kedua, perlawanan sedikit membosankan setelah kedua-dua pasukan gagal melakukan cubaan menarik kearah pintu gol lawan masing-masing.

Sehinggalah minit ke-58, S. Kunalan melakukan hantaran kedalam kotak penalti kepada Safee Sali membuka ruang buat penyerang negara melepaskan satu rembatan kencang menewaskan sama sekali dua pemain pertahanan dan penjaga gol Singapura.

Selepas jaringan tersebut, Malaysia mendapat beberapa peluang melakukan cubaan tetapi dinafikan dengan persembahan cemerlang pemain pertahanan Singapura diketuai Daniel Bennet.

Keghairahan Harimau Malaya mengatur gerakan mengundang padah selepas Alaksandar Duric menanduk hantaran jauh Izwan Mahbud kepada Jiayi yang berseorangan didalam kotak penalti terus menyepak rendah menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-72.

Jaringan pertama memudahkan tugas Singapura apabila mendapat kesempatan terbaik mendahului Malaysia pada minit ke-77 selepas hantaran lintang Shahril Ishak ditanduk keluar Duric walaupun dia berseorangan tidak dicabar pertahanan tuan rumah.

Kerapuhan benteng negara terus digunakan Qiu Li pada minit ke-89 selepas penyerang Singapura melakukan larian solo dari tengah padang menewaskan empat pemain Malaysia namun mujur lah Khairul Fahmi dapat menyelamatkan keadaan.

Malang berganda buat Malaysia pada minit ke-92 masa tambahan selepas pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani dilayangkan kad merah selepas memungut dua kad kuning.

Kesebelasan Pemain:

Malaysia: Datuk K. Rajagobal.
Khairul Fahmi Che Mat (Gk), Mahali Jasuli, Aidil Zafuan (Muslim Ahmad), Fadhli Shas, Asrarudin Putra Omar, S. Kunalan, Ismail Faruqi (K. Gurusamy), Amar Rohidan, Amirul Hadi Zainal, Abdul Hadi Yahya (Fakri Saarani) dan Safee Sali (Kp).

Singapura: Radojko Avramovic.
Izwan Mahbud (Gk), Safuwan Baharudin, Juma'at Jantan, Daniel Bennet, Shaiful Esah, Harris Harun, Shahril Ishak (Kp) (Fazrul Nawaz), Qiu Li, Shi Jiayi, Mustafic Fahrudin dan Alaksandar Duric.

Statistik Perlawanan

Gol
Malaysia [3] 1-1 [6] Singapura

Percubaan/Tepat
Malaysia 7/3-9/6 Singapura

Offside
Malaysia 1-5 Singapura

Kad Kuning
Malaysia 2-5 Singapura

Kad Merah
Malaysia 1-0 Singapura

Posisi Bola (%)
Malaysia 59-41 Singapura

Penulis: RedsfcNews
Photo: Shazli Shamsudin Photography

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: