Kelantan Tuan Rumah Piala Sumbangsih 2012.

Kelantan selaku juara bertahan Liga Super bakal diberi penghormatan selaku penganjur perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2012.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Annuar Musa kepada pihak akhbar Kosmo ketika ditemui selepas sambutan juara liga bersama para penyokong, Kelantan akan menjadi penganjur untuk perlawanan merebut Piala Sumbangsih nanti.

Selain menjadi tuan rumah saingan Piala Sumbangsih, Kelantan turut disahkan akan mewakili Malaysia ke pertandingan Piala AFC, pada tahun hadapan.

Para peminat The Red Warriors pasti teruja menanti saingan pembuka tirai bermain di arena mereka walaupun masih ada setengah tahun akan dilangsungkan.

Kelantan selaku juara bertahan Piala Sumbangsih sudah tentu mahu mempertahankan piala yang dimenangi awal tahun tempoh hari sementelah pula bermain di gelanggang sendiri.

Dengan kenyataan yang disampaikan Presiden KAFA yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tidak mustahil piala tersebut akan terus berada di Kota Bharu untuk semusim lagi.

Untuk catatan, Kelantan memenangi Piala Sumbangsih buat kali pertama selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, akhir Februari lepas. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: