Kualiti Safiq Rahim.

Jaringan sepakan percuma berkelas dunia yang dilakukan Safiq Rahim ketika melawan Liverpool mengundang pujian ramai pihak di seluruh negara.


Selepas mengemudi pasukan negara menjuarai Piala AFF, Safiq turut membantu Harimau Malaya mencatatkan kemenangan bersejarah keatas Taiwan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini.

Safiq Rahim yang juga ketua pasukan negara terus menunjukkan status pemain paling bernilai dalam Liga Malaysia dengan tahap permainan cemerlang ketika ini.

Siapa tidak tahu dengan sepakan percuma ala Juninho dan hantaran cantik seakan David Becham, ternyata Safiq membina reputasi hebat apabila membantu pasukan kebangsaan mencatatkan kejayaan demi kejayaan.

Kehandalan mengawal bola, kehebatan melakukan sepakan percuma selain hantaran-hantaran menarik yang dilakukan kepada pemain penyerang bukan sahaja membantu menambah kualiti Safiq malah menaikkan kembali nama pemain ini selepas tenggelam ketika mewakili skuad Merah Kuning.

Pemain ini yang dibabitkan perpindahan kedalam pasukan Kelantan pada tahun 2012 nyata menunjukkan kualiti selaku pemain tengah terbaik di Asia. Safiq turut diintai dua kelab Liga Indonesia pasti menjadi rebutan ramai pasukan selepas menyatakan niat untuk berpindah pada musim hadapan.  -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: