Mencari Rakan Gandingan Mat Yo.

Kekurangan penyerang berkaliber hampir memusnahkan hajat Kelantan untuk menjulang kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia 2011.

Ternyata kelibat Norshahrul Idlan Talaha dalam kesebelasan utama begitu diharapkan pasukan Kelantan untuk memburu jaringan.

Kehadiran penyerang prolifik tersebut bukan sahaja membantu Sang Kijang dengan jaringan gol penting malah dia juga mampu menghadirkan bantuan gol kepada pemain lain.

Namun, sampai bila mahu mengharapkan pemain ini untuk melakukan jaringan gol.

Walaupun mempunyai beberapa penyerang simpanan, Kelantan nyata ketandusan bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Kehadiran Khalid Jamlus tidak banyak membantu kerana lebih kerap diletakkan di bangku simpanan manakala corak permainanan dua pemain muda iaitu Ramzul Zahini Adenan dan Nidzad Ayub mula dipertikaikan orang ramai.

Justeru itu, saingan Liga Malaysia 2012 menjadi cabaran getir kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan untuk mencari pemain yang benar-benar mampu mengisi kekosongan bahagian serangan seandainya Norshahrul Idlan Talaha mengalami kecederaan ataupun dipanggil mewakili pasukan kebangsaan.

Disini RedsfcNews sertakan beberapa nama pemain tempatan yang boleh direkrut KAFA untuk dibawa masuk menyertai The Red Warriors 2012.

Badrol Bakhtiar


Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini sudah membuktikan kemampuan menjaringkan sebanyak 14 gol semusim selain menjadi pemain pilihan pertama kepada pasukan Kenari sejak tahun 2007/08. Dibawa naik dari skuad Piala Presiden, Badrol menjadi tonggak utama Kedah ketika dibawah bimbingan Azrai Khor dan membantu skuad utara tersebut membawa pulang tiga kejuaraan. Badrol turut bermain bersama skuad senior Kebangsaan dan menjaringkan gol sewaktu diturunkan dalam beberapa perlawanan.

Pakar bermain di posisi sayap kiri dan kanan, Badrol turut mempunyai naluri pembunuh andai diletakkan selaku pemain penyerang. Kehebatan beliau selaku pemain membolehkannya mendapat tawaran menyertai sesi latihan skuad simpanan Chelsea FC pada 2008.

Dilihat mempunyai gaya pemain tengah penyerang, Badrol mungkin kekal selaku pemain utama sepanjang musim andai dapat mengelakkan dari mengalami sebarang kecederaan serius. Dia juga dilihat calon paling sesuai untuk bergandingan dengan Norshahrul di bahagian serangan Kelantan andai dibawa masuk kedalam pasukan The Red Warriors. Namun, tugasan pemain ini tidak tertakluk kepada serangan semata-mata kerana dia juga dilihat berkeupayaan menjadi "play maker" pasukan untuk melakukan hantaran keatas seterusnya mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.

Abdul Hadi Yahya.


Penjaring terbanyak Liga Super 2011, pemain yang tidak dikenali ramai namun mula menjadi sebutan ekoran kehebatan didepan jaring. Memulakan karier bersama skuad simpanan Selangor, Hadi dibawa naik kedalam pasukan senior namun gagal memberi impak berkesan. Khidmat pemain ini mula menjadi tumpuan pada tahun 2009 setelah melakukan 14 jaringan sepanjang bersama dengan Kuala Lumpur.

Selepas itu, Hadi berhijrah ke T-Team namun gagal memberi persembahan yang dikehendaki pihak pengurusan. Tahun 2011, nasib menyebelahinya selepas Haris Safwan mengambil tindakan ke belakang dengan kembali kepada T-Team menyebabkan Terengganu terpaksa mencari penyerang baru dan Hadi hadir tepat pada masanya untuk menjulang pasukan sejiran dengan 20 gol. Kelibat pemain ini dengan pasukan negara turut sudah disaksikan dengan 1 jaringan gol ketika melakukan debut pertama.

Hadi memiliki sepakan kencang, penyudah tenang, mampu menjaringkan gol dari dalam dan luar kotak penalti selain memiliki skill menggelecek baik, khidmat pemain ini wajar dipertimbangkan KAFA andai mahukan gandingan berbisa kepada Norshahrul di bahagian serangan. Jika mampu memikat pemain ini menyertai Kelantan, tugasan Norshahrul dilihat mudah kerana mendapat bantuan pemain berkaliber selain dapat menzahirkan peluang kepada jaringan gol.

Khairul Akhyar Husain.


Seorang lagi pemain muda kelahiran Kelantan namun beraksi dengan juara Liga Premier 2011, PKNS Fc. Pemain ini dinobatkan penjaring kedua terbanyak dalam saingan tersebut dan mempunyai masa depan cerah selaku pemain bola sepak berbisa. Mendapat tumpuan dari ramai pihak ekoran prestasi hebat melakukan jaringan gol selain menerima pujian menggunung dari beberapa jurulatih tempatan apabila membantu PKNS mencatat kejuaraan liga.

Pemain muda berusia 22 tahun ini dikhabarkan mempunyai sentuhan penyudah mantap, pandai mencari ruang serta bertindak mengikut naluri mencari jaringan gol. Dia turut memiliki kemahiran individu yang baik dan mampu menggegar jaring lawan jika diberi banyak ruang melakukan percubaan. Salah seorang pemain yang sesuai untuk menajamkan jentera serangan Kelantan.

KAFA boleh merekrut pemain ini untuk dibawa masuk kedalam pasukan Kelantan pada tahun 2012 namun mungkin berdepan kesukaran kerana Khairul Akhyar masih lagi menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi awan di Lembah Kelang.

Razlan Otto.


Penyerang berusia 27 tahun, mewakili Sabah dalam saingan Liga Super 2011. Razlan menjadi pemain popular di kalangan penyokong Sabah kerana memiliki sentuhan penyudah berkesan.

Dia menjaringkan enam gol buat Sabah dalam saingan Liga Malaysia tetapi bermula di bangku simpanan ketika menentang Kelantan dalam perlawanan terakhir tempoh hari. Razlan membuktikan sentuhan tajam dengan satu sepakan menarik untuk membantu Sabah merapatkan jurang namun sudah terlambat untuk mengejar Sang Kijang.

Razlan menjaringkan kesemua gol dalam lima perlawanan terakhir dan menjadi pemain utama Sabah dalam saingan Liga Super. Walaupun mempunyai penyudah hebat pada akhir saingan Liga Super, Razlan Oto gagal menembusi gawang pihak lawan pada permulaan saingan Liga.

Tetapi penghargaan dari penyokong Sabah kepada kepada pemain ini kerana mengembalikan sentuhan gol serta kerajinan dan komitmennya dalam membantu mereka terus kekal bersaing dalam saingan Liga Utama Malaysia pada tahun hadapan. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

6 ulasan:

Anonymous said...

hadi xyah la bro. die ni cuma hebat kalo main ngan team terengganu jer. tu pun sbb ada ashaari,josep ngan manaf mamat.. kalo xde 3 org ni.. jgn arap la nk jd top scorer.. bknnya best pun. x caye tgk la masa dia main national team.. mmg jenis mcm shafee sali gak die ni(hebat bile duk ngan team-mate hebat).. bknnya jenis versatile mcm matyo..

Anonymous said...

khairul akhyar..ejah dio la..akn mjd aset trw y mantap..

Anonymous said...

klate gomo klate

Anonymous said...

kelantan boleh~!

Anonymous said...

i love kelate~!

Anonymous said...

i love kelate 2~!