Pemain Pilihan Malaysia Wajar Dipuji.

Pemain Pilihan Malaysia yang tunduk 0-1 kepada Chelsea wajar diberi pujian tinggi dari peminat setia pasukan bola sepak Kebangsaan.


Beraksi menentang sebuah pasukan handalan Eropah bukan satu tugas mudah tetapi setiap pemain yang diturunkan mempamerkan aksi bertenaga untuk menyekat pihak lawan yang nyata lebih handal dan hebat.

Strategi menggabungkan pemain senior dan pemain muda bukan sahaja menyukarkan pihak lawan melakukan jaringan malah berjaya memberi tekanan dari minit awal sehingga ke saat terakhir kepada pasukan yang pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris tersebut.

Dibarisi dengan pemain bintang bernilai jutaan ringgit, ternyata pemain pilihan Ong Kim Swee tidak gusar untuk menidakkan Chelsea FC membolosi gawang pasukan negara.

Biarpun Chelsea tidak menunjukkan keupayaan sebenar mereka, tetapi pasukan kendalian jurulatih berasal dari Portugal, Villa Boas wajar berasa malu kerana mereka gagal mendapatkan jaringan lebih besar.

Justeru itu, keupayaan pemain Malaysia tentu dipandang tinggi oleh masyarakat dalam dan antarabangsa ekoran persembahan bermutu mereka tampilkan sehingga dapat melakukan beberapa gerakan menarik menekan pemain pasukan lawan.

Walaupun hanya untuk perlawanan ini, setiap pemain senior dan Olimpik sudah membuktikan bahawa mereka bukan lawan mudah yang boleh dipandang enteng oleh pihak lawan. -RedsfcNews-


Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: