Prebiu Perlawanan: Misi President Warriors Ke Pentas Akhir.

President Warriors turun dengan misi mempertahankan bekalan dua gol dalam saingan separuh akhir kedua Piala Presiden 2011 menentang PKNS FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang esok.


Perlawanan pertama diharungi dengan aksi longlai menyebabkan mereka hampir membawa keputusan seri namun dua jaringan daripada Khairul Izuan Rosli melegakan seketika kem Sang Kijang.

Tugas sukar sebenarnya buat ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail untuk mengatur corak taktikal bagi mengekalkan kedudukan dua jaringan yang diperoleh.

Dengan beberapa pemain sudah mengutip bilangan dua kad kuning setiap seorang, Zahasmi perlu memberi pesanan kepada anak buah nya agar meminimakan kesilapan yang boleh membawa padah termasuklah kegagalan bermain di pentas terakhir jika menang perlawanan di Kelana Jaya nanti.

Pihak lawan mempunyai kekuatan menyeluruh disetiap bahagian namun terdapat sedikit kelemahan pada posisi pertahanan mereka. Zahasmi harus menekankan kepada pemain supaya melakukan serangan pantas dan mencari gol seawal mungkin seterusnya cuba memanfaatkan kesilapan yang sering PKNS lakukan.

Kemenangan yang diraih pada perlawanan pertama tidak membantu Kelantan andai pihak lawan tampil menjaringkan tiga gol tetapi para pemain Sang Kijang boleh bermain secara bertahan andai tidak yakin mampu mencapai sesuatu diarena lawan.

PKNS FC dikhabarkan bakal menurunkan kesebelasan terbaik dimiliki mereka untuk menterbalikkan keputusan memihak kepada pasukan berpengkalan di Lembah Kelang tersebut. Pengendali mereka, Rusdi Suparman dijangka menyiapkan barisan pemain yang benar-benar mampu membantu kelab tersebut mencatatkan keputusan paling baik pada perlawanan petang esok.

Mereka sebenarnya mampu pulang selesa pada pertemuan pertama namun kesilapan pemain pertahanan disamping hilang fokus pada saat akhir memberikan Kelantan dua jaringan gol melalui situasi bola mati.

Oleh itu, PKNS sudah tentu tidak mahu kesilapan sama berulang di arena mereka sementelah pula mereka dijangka menerima sokongan padu para penyokong sendiri.

Kesebelasan Pemain.

PKNS FC


PKNS FC kehilangan Muzammer Mohamad Zaki yang digantung perlawanan selepas menerima layangan kad merah di Kota Bharu pada perlawanan pertama namun mempunyai pemain penganti berkaliber di posisi tersebut.

See Tian Kiat yang meloloskan dua jaringan kepada Kelantan bagaimanapun terus dikekalkan di posisi penjaga gawang utama manakala Muhd Arshad pula menjadi penjaga gol simpanan kepada PKNS.

Barisan pertahanan mereka dijangka mengekalkan pemain benteng kental diketuai Norfahmie Hadzrin selaku jeneral mengawal barisan pertahanan mereka dari dilolosi penyerang Kelantan. Pemain ini memberi aksi kemas ketika membantu PKNS bertahana dari asakan Sang Kijang di Kota Bharu namun beberapa kesilapan pemain lain sangat mengecewakan.

Jentera serangan PKNS pula mempertaruhkan Mohd Izzudin Zainudin bersama dengan pemain lincah kelahiran Kelantan, Mohamad Aminuddin Mohd Noor. Dua pemain ini dijangka akan mendatangka masalah besar buat pertahanan President Warriors seperti mana mereka lakukan dalam pertembungan pertama. Selain itu, PKNS turut berharap untuk memecahkan kubu Kelantan dengan "set piece" dari pemain tengah Muhd Asyidi Dil Asyar.

Beberapa pemain simpanan PKNS turut boleh diharapkan untuk masuk sebagai penganti dalam perlawanan petang nanti. Adam Fua'ad dan Asnan Awal sudah membuktikan sengat mereka apabila berjaya melakukan beberapa percubaan kearah pintu gol Sang Kijang pada perlawanan pertama manakala Hasnan Mat Isa pula berganding hebat di posisi tengah ketika dimasukkan selain Muhd Alif Haikal kemungkinan masuk selaku pemain utama mengantikan Muzammer Mohd Said.

President Warriors.


Bagi President Warriors, kehilangan beberapa tongak utama kerana masalah kecederaan dan pengantungan perlawanan nyata meresahkan. Nick Chan dikhabarkan bakal tersisih selepas ditimpa kecederaan pangkal paha manakala Zamri Ramli pula terpaksa diketepikan ekoran pengantungan perlawanan.

Bagi penjaga gol, Mohd Syazwan diyakini terus mengemudi benteng terakhir Kelantan dengan Judtanna berada di posisi simpanan.

Bahagian benteng kekal menggunakan kapten, Nik Shahrul Azim selaku ketua bersama Faizol Nazlin dan Tuan Norhafizie. Kehilangan Zamri di posisi kanan kemungkinan Zabeel Mat Nor antara nama-nama yang disebut bakal diletakkan dalam kesebelasan utama merebut posisi dengan pemain yang jarang disenaraikan, Syafiq Haikal ataupun Azmi Hamzah.

Jentera tengah, ketiadaan Nick Chan membuka peluang kepada Mohd Syawalrudin masuk selaku pemain utama. Khairul Izuan Rosli tidak menghadapi masalah kekal dalam senarai pemain yang akan diturunkan bersama dengan Norhamizi Haron dan Farhan Yaacob. Selain itu, andai Izuan Salahudin mendapat pelepasan Ong Kim Swee, kemungkinan dia akan masuk selaku pemain utama di posisi sayap seterusnya memberi peluang kepada Farhan naik selaku pemain penyerang.

Ini kerana, Aris Zaidi dilihat gagal memberi impak besar sekiranya tidak mendapat bantuan dari pemain lain dan penyerang simpanan seperti Azyu Ikmal tidak diyakini mampu bermain selaku pemain utama. Walaupun mempunyai tonggak simpanan lain seperti Shahiran Mohd Zain dan Mohd Manaf Mansor, dua pemain ini kemungkinan dimasukkan di penghujung saingan. -RedsfcNews-

Keputusan Jangkaan.
PKNS 2-2 Kelantan
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: