Ringkasan: Separuh AKhir Pertama di Kota Bharu.

Skuad President Warriors akan turun perlawanan separuh akhir pertama Piala Presiden 2011 menentang PKNS FC di gelanggang sendiri, 7 Julai ini.


Menurut penolong jurulatih, Nafuzi Zain, Sang Kijang akan menjadi tuan rumah perlawanan pertama kepada kelab dari Selangor tersebut pada hari Khamis.

Perlawanan dimulakan tepat jam 4.45 petang  di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Semua penyokong Kelantan yang berkesempatan hadir dijemput sama-sama memberi sokongan kepada pemain muda untuk mencari bekalan selesa sebelum timbal balik di tempat lawan, beberapa hari selepas itu.

Selain Kelantan melawan PKNS, satu perlawanan lagi melibatkan MP Muar dan SSBJ turut akan berlangsung pada hari Khamis ini. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: