Rumours Piala Malaysia 2011: Kelantan Pinjam 3 Pemain.

Kelantan dijangka membawa 3 pemain pasukan lain secara pinjaman untuk memantapkan The Red Warriors dalam saingan Piala Malaysia selepas hari raya nanti.



Menurut maklumat yang disampaikan melalui sumber rapat Persatuan Bola Sepak Kelantan, tiga pemain yang dijangka dibawa masuk kedalam pasukan Sang Kijang merupakan pemain utama dari pasukan pencabar.

Mereka dikhabarkan telah tamat kontrak dengan pasukan lama masing-masing.

Sumber itu turut menjelaskan bahawa pihak Persatuan sudah melakukan perbincangan dengan tiga pemain ini dan dijangka mereka akan menyertai Kelantan sebelum sepak mula Piala Malaysia tidak lama lagi.

Berdasarkan maklumat yang turut diterima, tiga pemain tersebut yang beraksi di bahagian pertahanan dan kawasan tengah dikatakan sangat berminat menyertai Sang Kijang dan mungkin akan kekal bersama pasukan untuk saingan Liga Malaysia 2012.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: