Pelita Jaya FC Uji The Red Warriors.

Kelantan turun perlawanan persahabatan pertama melawan Pelita Jaya FC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.


Masih segar dengan kejayaan bersejarah muncul juara Liga Super ditambah dengan sambutan meriah para Tentera Merah dengan kepulangan para pemain serta pihak pengurusan dari Kuala Lumpur, mereka meneruskan dengan satu perlawanan bertaraf antarabangsa.

Selain menampilkan aksi kesemua pemain yang baru muncul juara Liga, Kelantan turut menurunkan tiga pemain import jemputan dari Crotia dan Bosnia untuk perlawanan malam ini.

Tiga pemain ini akan memperkuatkan Kelantan melawan skuad The Young Guns yang turut dibarisi enam pemain import termasuklah dari Malaysia, Safee Sali serta tiga pemain yang telah diberi taraf kerakyatan Indonesia.

Skuad Pelita Jaya yang berpangkalan di Karawang, Indonesia turut dibimbing jurulatih luar negara, Misha Radovic dan beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL).

Tahap kekuatan Pelita Jaya terletak pada semangat berpasukan selain kehebatan pemain import yang direkrut untuk menjaringkan gol namun ketiadaan Safee Sali ekoran masalah kecederaan mungkin menyukarkan pasukan dari Indonesia tersebut melakukan sesuatu.

Kelantan harus mengambil peluang dari perlawanan ini untuk memantapkan pasukan selain mencari pengalaman kerana pada tahun hadapan mereka akan beraksi dalam Piala AFC.

Pengalaman turun dalam perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa seperti ini membantu The Red Warriors mencari seberapa banyak gaya dan taktikal untuk digunakan pada saingan musim hadapan.

Mereka juga boleh mengukuhkan pasukan sebelum Piala Malaysia membuka tirai saingan selepas hari raya Aidilfitri nanti. -RedsfcNews-

Gambar:
Laman FB Kelantan The Red Warriors [2011]
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: