Bekas Ketua Jurulatih Kelantan yang juga CEO Kejurulatihan The Red Warriors Al Hamra, B. Sathianathan dikhabarkan menerima satu tawaran melatih sebuah pasukan yang berpangkalan di luar negara.
Menurut sumber terdekat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), tawaran telah diberikan kepada B. Sathianathan untuk penilaian.
Pasukan luar negara yang menawarkan tempat kepada B. Sathianathan tidak diberitahu kepada RedsfcNews tetapi dikhabarkan mereka benar-benar berminat untuk membawa jurulatih ini ke dalam pasukan mereka.
Jika Sathianathan menerima tawaran tersebut, Kelantan bakal kehilangan salah seorang jurulatih berwibawa yang telah memacu The Red Warriros ke mercu kejayaan.
Secara tradisinya, yang pergi tidak perlu ditangisi namun sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih tetap diberikan kepada jurulatih ini kerana jasanya membawa Kelantan menuju ke kemuncak seperti yang dijanjikan ketika mula-mula memikul tugas nombor satu tersebut. -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
8 ulasan:
TidaXxXxXx..! aBe YA tuUuUu..
yo lie sathia dpt taware?
yakk abe yaa nok tubik ko? ejah kekal tu.
guano? sapo tawar ko sathia tu. korek2 sikik sek kito terr..
jangaannnnnnnnnnnnnnn.. sambung wak amir alik atah tu.
xpo wi peluang abe ya buktikan dia terbaik dr rajagopalkepada FAM
hahhhhhhhh, ejah laluh duo tigo karoo terrrr
kawe sokong abe ya pergi...bukti pada dunia kita punya jurulatih yg baik....jasamu akan ku kenangan seluruh rakyat kelate....anda ada bapa kepada jurulatih pasukan kelate yg pertama membawa piala ke kelate
Post a Comment