Singapura Guna Tenaga Import.

Saingan getir kepada skuad negara selepas lawan mereka, Singapura menyenaraikan lima pemain import untuk menyekat kemaraan Malaysia dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.


Lima pemain tersebut telah diberi kerakyatan oleh Kerajaan Singapura dan ketua jurulatih, Radojko Avramovic telah memanggil Qiu Li, ShiJiayi (China), Daniel Bennet (England), Mustafic Fahrudin (Crotia) dan Aleksandar Duric (Bosnia) kedalam skuad kebangsaan.

Namun begitu, Avramovic bagaimanapun telah menggugurkan dua lagi pemain import dari Nigeria yang memperkuatkan mereka pada Piala AFF Suzuki, Agu Casmir dan Precious Emuejeraye.

Dari lima nama ini, jelas The Lions mengharapkan tonggak penyerang, Aleksandar Duric untuk melakukan sentuhan berbisa selepas pemain kelahiran Bosnia sudah meledak 15 gol sepanjang pembabitan dalam skuad kebangsaan Singapura.

Terbaru, pemain veteran berusia 41 tahun tersebut menjaringkan satu gol ketika membantu Singapura menewaskan Taiwan 3-2 dalam aksi persahabatan.

Selain itu, dua belas pemain tempatan turut dipanggil menyertai pasukan selepas beberapa tonggak utama dari skuad Piala AFF Suzuki turut digugurkan kerana masalah kecederaan dan penurunan prestasi.

Singapura kini dalam rangka persiapan pasukan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan terakhir sebelum turun aksi pertama di laman sendiri, tiga hari dari sekarang. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Anonymous said...

dok sohor