Alex Dapat Pujian.


Kecemerlangan Azamuddin Akil sepanjang menyertai skuad Kelantan mendapat pujian tinggi daripada jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu.


Karathu sewaktu ditemui RedsfcNews selepas perlawanan dengan T-Team mengakui pemain pinjaman dari Pahang tersebut sudah bersedia menggalas tugas utama penyerang Sang Kijang bersama Norshahrul Idlan.

Azamuddin bermain cemerlang, dia perform bila digandingkan dengan Norshahrul. Kita dapat melakukan banyak serangan malah Azamuddin dan Shahrul turut mencipta ruang buat pemain lain melakukan percubaan.

Setakat ini, penyerang kelahiran Kuala Lipis tersebut sudah menjaringkan tiga gol sepanjang aksi perlawanan persahabatan yang diatur pasukan Kelantan.

Cuba kamu lihat tiga perlawanan dengan KL, Selangor dan T-Team, Azamuddin menunjukkan bahawa dia mampu meningkatkan prestasi menjadi pemain terbaik dalam Piala Malaysia nanti, jelas Karathu.

Saya akan gandingkan mereka sekali lagi (Azamuddin dan Norshahrul) dalam perlawanan persahabatan di Thailand, kita lihat bagaimana corak permainan mereka melawan pasukan luar negara. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: