Apa Dah Jadi Datuk K.

Memalukan dan tidak dapat diterima akal.


Sekali lagi Malaysia dimalukan pasukan bertaraf negeri. Kali ini Harimau Malaya dibedil Selangor, pasukan tangga ketiga Liga Super 2011.

Tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran pengendali skuad negara sewaktu ini dengan prestasi tidak kemana menyebabkan perlawanan persahabatan diharungi dengan rekod buruk.

Mungkin ada hikmahnya perlawanan dengan Oman tidak dapat diadakan kerana lawan seperti Selangor sudah menunjukkan kepada Datuk K bahawa kualiti pasukan negara sememangnya wajar dipertikaikan penyokong setia.

Siapa sangka, skuad negara boleh dikalahkan oleh pasukan negeri sedangkan umum mengetahui pemain yang terpilih dalam skuad Rajagobal ketika ini hadir dari pemilihan terbaik jurulatih kebangsaan tersebut.

Hak sepenuhnya sudah diberikan tetapi mengapa perlawanan masih tidak berpihak kepada pasukan kebangsaan. Adakah ketua jurulatih negara ini sudah ketandusan idea selepas memberikan kejayaan AFF dan Pingat Emas di Laos tiga tahun dahulu.

Menyatakan bahawa skuad ketika ini adalah pasukan sasaran untuk layak ke Piala Asia 2015 juga dilihat dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Melepaskan kejohanan dalam masa terdekat demi mengejar sasaran yang masih belum tentu dapat digapai.

Paling tidak dapat diterima, sanggup membiarkan Piala Dunia demi Piala Asia. Dimana sasaran yang telah ditetapkan oleh FAM dahulu untuk melihat kejayaan pertama skuad Malaysia ke pentas Dunia. Perlukah ditunggu sehingga tahun 2018, 2022 atau 2026 baru mahu serius memburu kearah piala keagungan sukan bola sepak Dunia.

Dengan pemain sedia ada, kita masih tidak tahu apa yang akan terjadi pada mereka empat lima tahun dari sekarang. Apakah dengan tersingkir kejohanan Piala Asia baru kem Malaysia akan mengeluh gagal membawa kejayaan bermakna sepanjang dekad ini kepada pasukan negara.

Kalah tetap kalah, usah mengeluarkan alasan yang tidak boleh diterima pakai. Malu kepada penyokong yang tidak jemu-jemu hadir beri sokongan tetapi akhirnya ditipu hidup-hidup oleh pengendali yang semakin menunjukkan uban memutih di kepala. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

8 ulasan:

Moderator said...

AFF Suzuki tahun depan...?

Anonymous said...

sudah meluat dgn taktik merapu rajagopal ni..yang sepatutnya masuk AMF dia bawak masuk DMF..macamana nk tambah gol...budak sekolah pun tahu..

Mat Pintu said...

kalau saudara target utk layak pila dunia lagi lah tidak berpijak di bumi yang nyata.

seorang jurulatih wajar diberi peluang sekurang2nya 4 tahun untuk mengemudi sesebuah kelab/ negara. Biar la dia dengan target 2015 beliau...

Anonymous said...

saya sendiri kurang faham mengapa datuk k sebegini jd selepas 3 4 thn memimpin pasukan negara. adakah kerana sudah diberi pangkat datuk maka beliau sudah tidak lg mempunyai idea2 utk diterapkan dalam pasukan Malaysia. peluang sudah banyak diberikan. tersingkir piala dunia kita akui tewas kerana lawan lebih kuat dgn tambahan player import. bagaimana dengan tewas kepada selangor semalam. adakah kerana pasukan lawan guna pemain import.. atau kita sebenarnya tidak kuat...

Kamil said...

Bue rajjagobal, msk ore lain plok jd jurulatih.dio buntu dh tu..

Anonymous said...

amar rohidan+shakir shaari starting lineup? apecer main 2 DMC ni? tetap takble nak tinggal amar rohidan tu, masa die dah berlalu...bagi la shakir tu peluang main DMC sorang2..

nick said...

taktik hancur.. bdo tul wat eksperimen time kelayakan piala dunia pastu dok pusingan kedua.. 90k g tonton cam haram kena tpu.. bodo..

Bulove said...

baca berita hairan ari nh, raja kata, "saya dah wat turun barisan pemain hok peminat nak, tp tgk lah main ng slgor pom kaloh... ari tu peminat kata bakpo x amik zamani lwn sgore, nih sy nk oyat ko peminat, sy try bui zamani main tp ng slgor pom bulhe kaloh"..... jd peminat kena terima la strategi sy.... hahahaha